Lagi Kes Bayi Tertinggal Dalam Kereta. Kesiannya 9 Jam Terseksa
Antara banyak-banyak kemalangan, yang paling terkesan adalah apabila ia melibatkan kecuaian sehingga membawa kematian, seperti kes ibu bapa atau penjaga yang terlupa bahawa mereka tertinggal anak kecil di dalam kereta sendiri. Bukan hanya kita akan memikirkan penyesalan seumur hidup yang menghantui mereka yang cuai, malah kita juga akan terbayang-bayang kesakitan yang dialami oleh anak kecil di saat mereka tanpa sengaja ditinggalkan dalam kereta yang perlahan-lahan menjadi ‘oven’ dan juga seksa yang mereka alami akibat kekurangan oksigen.
Beberapa hari lepas, kejadian malang ini sekali lagi terjadi apabila seorang bayi berusia setahun meninggal dunia selepas ditinggalkan oleh ibu angkat mangsa selama sembilan jam! Dalam kejadian tersebut, ibu angkat mangsa yang merupakan seorang pekerja di sebuah hospital di Washington tidak menyedari bahawa beliau telah tertinggal bayi malang itu di dalam keretanya dari jam 8 pagi sehinggalah beliau pulang dari kerja pada jam 5 petang. Bayi tersebut ketika ditemui sudah tidak sedarkan diri dan pihak hospital mengesahkan bayi tersebut sudah meninggal dunia.
Untuk pengetahuan, suhu persekitaran pada hari kejadian ialah sekitar 21 hingga 23.9 darjah Celcius namun suhu di dalam kenderaan terbabit boleh mencecah sehingga 43.3 darjah Celcius. Kesiannya! Bayangkan seksa yang terpaksa ditanggung oleh bayi berkenaan. Kita yang berada dalam purata suhu 33 darjah Celcius pun sudah berpeluh dan rasa macam nak pitam. Inikan pula bayi malang yang terperap dalam kereta dengan suhu lebih 40 darjah Celcius.
Pada ibu bapa atau penjaga di luar sana, tolong la peka dengan keadaan sekeliling. Sebelum meninggalkan kenderaan masing-masing, pastikan anak anda tiada dalam tu. Sumpah sedih baca kisah macam ni lah!