Kreatif dan Mulia. Lelaki Ini Tukar Beca Jadi Ambulans Mini

Sumber: hmetro.com.my

Mulia sungguh hati pemuda dari India, iaitu Mohammad Javed Khan. Tatkala pandemik Covid-19 menyerang dan melumpuhkan ekonomi di seluruh dunia, dia sedar yang rakyat di negaranya memerlukan bantuan. Jadi, lelaki ni telah membelanjakan duit sendiri untuk menukar becanya menjadi ambulans mini. Lagi mengharukan, dia sanggup menggadaikan barang kemas isterinya semata-mata untuk menawarkan perkhidmatan percuma kepada sesiapa yang memerlukan.

Sumber: indiatvnews.com

Bila ditanya kenapa dia sanggup melakukan semua ni, jawapan yang diberikan oleh beliau sangat menyentuh hati. Katanya dia sedih melihat ramai penduduk yang tidak berkemampuan sanggup menggendong pesakit Covid-19 ke hospital kerana terlalu miskin.

Sumber: youtube.com

Katanya lagi, kos penghantaran dengan ambulans adalah sekitar USD $70 hingga $140 (sekitar RM 288 hingga RM 593). Jadi mana mungkin mereka mampu membayar kos itu andai gaji tidak seberapa? Oleh sebab itu, Khan bertekad untuk membantu. Malah niat murninya turut dibantu oleh beberapa orang termasuk doktor yang mengajar beliau cara untuk menggunakan gas oksigen pada pesakit.

Terasa seperti melihat cerita Bollywood kan? Mana ada orang baik yang tiada cabaran. Sama juga dengan Khan, apabila beliau turut memberitahu dia pernah didenda oleh pihak polis kerana menjalankan aktiviti murni itu tanpa permit. Tapi selepas ramai rakyat lain mengecam lebih-lebih lagi di media sosial kerana menuduh pihak polis menghalang insan murni ini berbakti, pihak polis di India terpaksa menggugurkan saman. Malah, dia turut diberikan pas khas. Itu baru bagus.

Jadi, disebabkan usaha murni lelaki ini yang ikhlas membantu walaupun dia sendiri terpaksa menggadaikan harta sendiri, dia kini telah dikenali di seluruh dunia sebagai seorang hero. Malah dia turut pernah ditemuramah oleh beberapa pemberita dari seluruh dunia.

Sumber: tribune.com.pk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *