Kos Permit Motosikal Di Singapura Hampir RM40K! Okey Je Kot. Mereka Kan Selalu Kata Duit Mereka Mahal
Singapura. Sebuah negara kecil namun mendapat reputasi sebagai antara bandar termahal di dunia. Untunglah kan. Bandar termahal, duit pun mahal macam yang warga Singapura selalu canang pada rakyat Malaysia tu. Tapi kan, realitinya walaupun duit mahal tapi status bandar mahal itu sudah cukup untuk menggambarkan bahawa kos hidup mereka pun mahal. Banyak betul perkataan mahal kan?
Terbaru, ada lagi satu benda yang mahal. Iaitu kos permit (COE) motosikal di Singapura yang mencecah sehingga lebih RM 40,000 atau bersamaan dengan peningkatan harga lebih 200 peratus dalam masa hanya empat tahun. Wow!
Untuk pengetahuan, pelaksanaan permit ini adalah sangat penting untuk mengawal jumlah motosikal kenderaan di jalan raya di Singapura. Ini kerana, mereka telah pun mengehadkan hanya 142,000 unit motosikal dan 650,000 kereta sehingga September 2022. Bukan macam di Malaysia yang mana selagi kau mampu, nak beli kereta 10 buah seorang pun boleh. Pakai kereta lama nak mereput pun tak apa sebab tiada had.
Jadi, jika seseorang individu ingin memiliki sebuah motosikal di Singapura, dia dianggarkan perlu menghabiskan wang sekitar AS$20,000 dolar (RM 66,998) untuk membeli motosikal dan dapatkan permit motosikal. Senang cerita, harga motosikal jauh lebih murah berbanding harga permit motosikal itu sendiri. Hasilnya, mereka yang kononnya nak berjimat di Singapura pun tak boleh berjimat sebab kos untuk permit motosikal selaku kenderaan paling murah pun terlalu mahal.
Sudah pasti syarikat macam Grab atau syarikat pajakan motosikal di Singapura akan buat kenaikan harga juga kan? Kesian. Patutlah mereka bila masuk Malaysia sampai henjut kereta bila nak isi minyak. Nak berjimat rupanya. Tapi lain kali jangan berlagak bila datang Malaysia tau sebab kita sama level je. Duit mahal dengan kos hidup mahal sama sahaja dengan orang Malaysia yang duit murah tapi kos hidup pun jauh lebih murah.