Kompilasi Kenderaan Lebih Muatan Di Seluruh Dunia

Siapa peminat filem Bollywood mesti ingat scene Shah Rukh Khan menari sakan atas keretapi dalam video lagu Chaiyya Chaiyya pada tahun 1998 kan? Nampak macam best je lepak ramai-ramai atas keretapi tu. Apa lagi, jom terjah kompilasi kenderaan mega hebat dari seluruh dunia ni. Ada yang nampak pelik, kelakar dan tidak kurang juga buat kita bersyukur hidup di Malaysia.

1. LORI MUATAN, SAHARA

Entah mana orang, mana barang sebab muatan banyak sangat. Bayangkan dengan kepanasan melampau di gurun Sahara di Benua Afrika, mereka terpaksa menggunakan sistem pengangkutan macam ni untuk mengangkut manusia, haiwan termasuk barang keperluan. Susah bukan?

2. KERETAPI DI BANGLADESH

Pernah tunggu nak naik LRT, MRT atau KTM? Rasa rimas, sesak dengan ramai orang yang nak ke tempat kerja, balik kampung dan sebagainya? Tu level biasa je kalau nak dibandingkan dengan tahap penumpang keretapi di Bangladesh. Tengok gambar di atas, persis dalam scene filem zombie. Tak cukup seat? Jangan risau, kita panjat terus ke atas gerabak keretapi. Genius + kreatif, bukan?

3. LORI GANDUM, PAKISTAN

Pemandangan biasa bagi rakyat Pakistan untuk melihat lori membawa muatan gandum, di mana saiz muatan lebih besar dari lori tersebut. Agaknya jalan raya di sana lurus takde belok-belok. Kalau kat sini tak lepas dengan abang JPJ atau polis ni. Kalau kat sana, terbalik atau lori tertonggeng pun mereka boleh tarik ramai-ramai. Biar lambat, asal selamat gandum sampai ke destinasi.

4. TUT TUT SABUT KELAPA, INDIA

Luar biasa sungguh teknik dia bawak sabut kelapa di India ni. Pakai tut tut yang bertayar tiga pun boleh bawak sebanyak ni. Proses nak memunggah tu pun dah nampak susah, apatah lagi proses nak ikat setiap sabut kelapa tu supaya tak jatuh. Nak masak kuih akok bakar pakai sabut kelapa ke bang? Sedap tu.

5. TRICYCLE SEBAGAI BUS SEKOLAH, INDIA

Kalau di Malaysia, bas sekolah kita mendapat jolokan nama sebagai bus tua sampai ada kes budak maut akibat lantai bus mereput. Di India pula, ‘bus sekolah’ bagi sesetengah daerah di kawasan pedalaman menggunakan basikal roda tiga atau tricycle. Pedalaman macam mana? Mungkin macam filem India yang viral tahun ni yang bertajuk ‘Raatchasi’ tu. Siap tulis nama sekolah kat ‘bus’ tu.

6. BASIKAL AIR DI SHANGHAI, CHINA

Gambaran di atas adalah sesuatu yang agak normal di Shanghai, China dimana pekerja yang merupakan pendatang ke negara tersebut akan menyusun pelbagai jenis barang dan muatan dengan hanya menggunakan basikal. Bayangkan dia mampu memunggah muatan berat seperti air macam gambar di atas. Bak kata orang yang guna Coway dan Cuckoo, buat apa susah-susah. Tekan-tekan je air dah keluar. Kan?

7. MOTOSIKAL ITIK, VIETNAM

Quack! Quack! Pemandangan normal bagi penternak itik di Vietnam untuk membawa itik ke pasar. Sempoi sungguh cara dia bawak itik ni. Siap ikat di handle motosikal. Tapi ingat itik je ke dorang boleh angkut pakai motosikal? Lembu, ayam, sampai si kaki pendek pun boleh tau. Tapi banyak persatuan pencinta haiwan di seluruh dunia kecam aktiviti ni. Memang betul haiwan tu untuk disembelih jugak, tapi kesian dan kejam kena ikat macam tu. Tapi orang Vietnam apa ada hal. Kat Malaysia ni pun, kucing dengan anjing kita pun dorang kebas.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.