Kilang Porsche Bakal Dibuka Di Kulim Tahun 2022, Tapi Netizen Indonesia Yang Panas. Jealous Ke?

Porsche dengan kerjasama Sime Darby Berhad sah akan membuka kilang sebagai pusat pemasangan Porsche CKD pertama Asia, juga kilang pertama Porsche di luar Jerman. Hebat kan? Sebagai rakyat Malaysia, sudah tentu berita itu amat membanggakan sebab dalam banyak-banyak negara, Malaysia juga yang dipilih oleh syarikat kereta mewah itu.

Sumber imej: careta.my

 

Pihak Porsche juga turut melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu menawarkan peluang perniagaan selain peningkatan positif Porsche “fanbase” di Malaysia. Jadi, dengan kerjasama selama 10 tahun bersama Sime Darby Berhad, Porsche melihat kilang ini sebagai satu peluang untuk memenuhi keperluan tempatan dan pasaran Porsche di Malaysia.

Sumber imej: majugroup.my

Tapi, sejak berita tentang pembukaan kilang itu mendapat liputan hangat dari dalam dan luar negara, lain pula reaksi yang diberikan oleh segelintir netizen Indonesia. Jealous ke? Malah ada antara mereka siap membandingkan kejayaan industri automotif di negara mereka berbanding Malaysia. Mereka turut mengatakan Malaysia sudah ketinggalan zaman dan banyak syarikat automotif lain memilih Indonesia berbanding Malaysia. Selain itu mereka turut berbangga apabila syarikat Tesla bercadang membangunkan tenaga bateri elektrik di Indonesia.

Sumber imej: go.kompas.com

 

Segelintir rakyat Indonesia ni dari dulu mereka panas dan nak claim semua benda dari Malaysia. Dari batik, kebaya, rendang, sate, Upin Ipin sampai la lagu Negaraku pun katanya diciplak daripada lagu negara mereka. Sekarang nak serang Malaysia dengan mengatakan industri automotif mereka lebih hebat pula. Baiklah, ambik la semua. Ni rakyat Indonesia yang PATI pun ramai kat sini. Tak nak claim ke?

Sumber imej: soscili.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *