KFC Perkenalkan Trak Makanan Pandu Sendiri?

Sumber imej: cnet.com

Anda suka makanan segera atau fast food? Jadi sudah tentu anda suka pandu lalu di McDonalds dan juga di restoran makanan segera yang lain. Namun bagaimana pula jika anda dengar KFC telah memperkenalkan servis terbaru mereka, iaitu trak makanan KFC pandu sendiri dengan menggunakan teknologi 5G. Nampak sangat comel dan sedap!

Sumber imej: cnet.com

Seorang pengguna Twitter telah memuat naik sekeping gambar truk makanan pandu sendiri KFC ini di sebuah jalan di China. Ia merupakan hasil kerjasama dua buah syarikat China, iaitu Neolix dan Yum Brands, syarikat sama yang memiliki KFC di sana. Mengikut Forbes, Neolix telah memulakan satu projek bersama Yum Brands untuk memperkenalkan servis makanan ‘driverless and contactless’ bersama dengan KFC dan juga Pizza Hut. Usahasama ini dilihat antara langkah bijak untuk mengurangkan interaksi sejak pandemik Covid-19 menular ke seluruh dunia.

Sumber imej: sea.mashable.com

Jadi, bagaimana cara untuk membuat pesanan makanan? Ianya sangat mudah. Pelanggan hanya perlu membuat pesanan melalui skrin sentuh. Kemudian, pembayaran boleh dilakukan hanya dengan menggunakan telefon pintar. Selepas itu, pelanggan hanya perlu mengimbas kod QR sebelum mendapatkan makanan yang dibeli tadi. Sungguh mudah dan pantas!

Walaupun trak makanan ini hanya boleh didapati di kawasan tumpuan ramai di negara China seperti di kawasan bandar, taman atau kampus, namun tidak mustahil ianya turut akan diperkenalkan ke seluruh dunia seandainya mereka mendapat permintaan yang tinggi untuk menggunakan servis itu kelak.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *