Ketahui Bila Bank Atau Agen EPS Tidak Boleh Tarik Kereta Anda

Source: allmandlaw.com

Siapa yang tengok filem Senario Lagi (2000) mesti ingat scene Mazlan datang nak tarik kereta, lepas tu semua jiran keluar tutup nombor plat kereta masing-masing kan? Seolah menunjukkan ramai orang tak bayar kereta. Jadi, kalau ada seseorang dari pihak bank atau agen tarik kereta datang nak rampas kereta, apa reaksi anda? Cuak sudah tentu. Nak bagi ke tak? Paling penting, jangan main bagi je sebab anda juga mempunyai hak!

Source: newmalaysiapost.com
  1.  Perkara pertama, kena yakin dengan pembayaran kereta anda. Sekiranya pembayaran anda tak pernah tertunggak dan tetibe datang orang nak tarik kereta, JANGAN BAGI! Tu adalah penipu / pencuri kereta yang guna taktik tarik kereta.
  2. Kalau anda ada tunggakan pembayaran, tapi finance kereta anda dah melebihi 75 %, bank TIDAK BOLEH tarik kereta anda kecuali ada surat dari mahkamah.
  3. Sekiranya kenderaan anda berada dalam kawasan kediaman berpagar (rumah anda), pihak bank tak boleh sesuka hati ambik kereta tu. Mereka boleh kata itu kereta bank, tapi rumah itu milik anda. Silap-silap mereka boleh dikira sebagai menceroboh.
  4. Logiknya, tiada orang yang kerja pada hari cuti umum. Jadi kalau datang nak tarik kereta masa cuti umum, sila abaikan mereka dan panggil pihak polis.
  5. Masa untuk tarik kereta hanya sehingga jam 9 malam SAHAJA.
  6. Ejen Penarik Kereta mesti mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula (EPS) dari KPDNKK. Kalau setakat surat biasa, budak Darjah 6 pun boleh taip dan print sendiri. Selain itu:
    a) Ejen EPS tak boleh guna kekerasan.
    b) Ejen EPS tak boleh pecah masuk kawasan rumah.
    c) Ejen EPS mesti berpakaian kemas. Kalau datang pun berseluar pendek, sila berhati-hati.
Source: Facebook IPD Rembau Negeri Sembilan

Paling penting, sekiranya mereka masih bertegas dan anda rasa was-was, boleh segera panggil pihak polis. Senang je, jika anda rasa tak sedap hati, mereka nampak memaksa dan kasar semasa prosedur tarik kereta (termasuk rampas kunci kereta, paksa anda keluar dari kenderaan atau menggunakan bahasa kasar) sila CALL POLIS DENGAN KADAR SEGERA! Lebih-lebih lagi kepada kaum wanita di luar sana. Call polis Malaysia nombor mana? Call 999 yea. Jangan call 911 pulak sebab tu untuk Amerika Syarikat! Kot tengok banyak sangat movie mat saleh sampai tertukar nombor kecemasan.

Source: mstar.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *