Keselamatan Anak Tanggungjawab…?

Sering kali kita ternampak di depan mata atau di social media berlakunya kes anak dibiarkan di dalam kereta tanpa pengawasan ibu bapa. Ataupun seringkali melihat ibu atau bapa membonceng motorsikal membawa anak tanpa memakai topi keledar. Ibu bapa perlu peka dengan keselamatan anak lebih-lebih lagi anak yang masih dibawah umur.

Semasa memandu kenderaan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak duduk dalam keadaan yang betul, memakai tali pinggang dan juga gunakan kerusi keselamatan, seperti yang disarankan oleh kerajaan. Elakkan tinggalkan anak di dalam kereta berseorangan ataupun tanpa kawalan orang dewasa. JKJR juga banyak melakukan kempen #panduselamat dan memberitahu kepentingan menggunakan kerusi keselamatan.

Jika menunggang motosikal, bukan hanya penunggang sahaja yang perlu memakai topi keledar—pastikan ibubapa memakaikan topi keledar untuk anak-anak dan diikat dengan kemas, walaupun keluar bersiar-siar di kawasan perumahan.

Perlu ditekankan disini bahawa ibubapa perlu memainkan perasan yang penting untuk menjaga keselamatan anak-anak supaya mampu untuk mengelakkan perkara-perkara buruk berlaku. Patuhi undang-undang jalan raya untuk kebaikan bersama.

Sumber imej : JKJR
No comments yet! You be the first to comment.