Kesan PKP/Lockdown: Pemandu Kereta Memandu Kereta Memandu Macam Orang Mabuk

Sumber imej: avatarms.com

Akibat terlalu lama terperap di dalam rumah, kita dapat lihat ramai pengguna jalanraya seakan melepaskan geram di jalanraya. Selain itu, hampir seluruh dunia mencatatkan peningkatan kes over speeding. Di USA, contohnya, laporan menunjukkan kes overspeeding meningkat sehingga dua kali ganda berbanding sebelum COVID-19. Bayangkan, sehingga ada yang ditangkap kerana memandu sehingga 204 km/j di bandar besar New York. Bandar yang dulunya sesak, kini kosong. Masa ni la pemandu jadi ala Torento dalam Fast Furious kan? Tahukah anda, memandu laju boleh menyebabkan rambut gugur? LOL. Just kidding.

Sumber imej: screenrant.com

Tadi di Amerika Syarikat, sekarang kita ke Hong Kong pula. Seorang pemandu lelaki berusia 30 tahun ditangkap polis kerana memandu kereta Audi sehingga kelajuan lebih 130 km/j di bandar Hong Kong yang mempunyai kelajuan maksimum hanya sehingga 70 km/j. Dulu jalan asyik jem, sekarang semua orang stay-at-home kan? Masa ni la nak ‘test’ kereta masing-masing. Malah, di sana juga polis telah mengeluarkan saman kepada lebih 810 pemandu akibat overspeeding. Wow!

Sumber imej: scmp.com

Di UK pula, polis merekodkan ramai pemandu kereta memandu melebihi dua kali ganda dari limit kelajuan yang dibenarkan semasa lockdown di negara tersebut. Antaranya seorang lelaki ditangkap memandu sehingga 215 km/j di sebuah jalan utama di London, walaupun had maksimum ialah tidak lebih 70 km/j. Mengikut data dari Department of Transport di UK, kesemua pesalah overspeeding membuat jalanraya yang sunyi seperti ‘racetrack’ persendirian. Bayangkan kalau kemalangan dan salah seorang tu positif COVID-19? Habis semua polis & petugas yang terlibat kena ‘self-quarantine’.

Sumber imej: bbc.com

Pemandu Malaysia apa khabar? Semua sopan di jalanraya atau driving macam orang kena sawan? Buat masa sekarang masih lagi dalam kawalan. Cuma beberapa hari lepas kita dikejutkan dengan berita seorang anggota polis maut dirempuh pemandu mabuk dalam sekatan jalan raya Ops COVID-19. Kejadian pada jam 3 pagi itu menyebabkan mangsa yang berusia 31 tahun diseret sepanjang 70 meter oleh Toyota Hilux dan dipercayai maut di tempat kejadian. Sehubungan itu, ramai pihak merayu kerajaan supaya merangka hukuman mandatori terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian. Apa pandangan anda?

Sumber imej: hmetro.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *