Kesalahan Wanita Saat Naik Motosikal

Sumber imej: motomalaya.net

Dulu, para penunggang motosikal wanita ni seringkali dicop samada ‘tomboy’ atau paling sedih bila digelar sebagai minah rempit. Orang dulu ingat motosikal tu dicipta untuk lelaki je ke? Nasib baik la zaman sekarang, kita dapat lihat yang saban hari, semakin ramai pengguna motosikal di kalangan wanita. Sebenarnya, tak salah pun wanita nak menunggang atau membonceng motosikal. Cuma ada beberapa perkara yang perlu mereka sedar jika dipandang remeh, boleh membahayakan diri dan orang sekeliling.

1. SELIPAR, KASUT ATAU STILETTO?

Sumber imej: twitter.com

Tidak dinafikan, pemakaian tumit tinggi atau stiletto dapat mengubah penampilan seorang wanita lebih-lebih lagi bagi golongan yang bertubuh kecil dan rendah. Tapi kalau nak naik motosikal, jangan la pakai kasut tumit tinggi. Pakai dulu kasut bertutup dan bila dah sampai di destinasi, tukar la balik pakai high heels tu. Sebab, memang sangat bahaya bila pakai selipar atau kasut tumit tinggi yang tak sesuai untuk aktiviti menunggang motosikal. Sudah banyak sangat kes kemalangan jalanraya yang berpunca dari high heels tau tak? Ada yang tercabut tengah jalan, ada yang tali halus tu tersekat di footpeg malah ada yang buat kaki si pemakai terseliuh. Namun, jika anda suka sangat kasut bertumit tinggi, anda boleh tukar kepada kasut but motosikal dengan tapak tebal. Banyak je ada jual.

2. WAHAI HIJABISTA. JANGAN PAKAI TUDUNG BESAR ATAU MELERET-LERET.

Sumber imej: grid.id

Pada semua hijabista yang menaiki motosikal sekalian. Anda naik motosikal, bukan buat iklan tudung atau shooting filem Bollywood tau. Jadi jangan pakai tudung besar atau panjang yang menggerbang ditiup angin. Pernah beberapa kalil terjadi kes di mana kain tudung tu tersangkut. Paling parah, tersangkut pada lori atau kenderaan besar sehingga membawa kepada kematian. Jadi, andai anda ni jenis bertudung labuh atau fashionista yang suka tudung panjang berbelit-belit, anda harus pakai jaket di bahagian luar untuk memastikan bahagian tudung meleret tu berada di bahagian dalam jaket. Barulah selamat.

Sumber imej: mforum1.cari.com.my

 

3. PILIH PAKAIAN YANG SESUAI

Sumber imej: limaumadu.bbn.my

Pernah tak anda tengok perempuan bawak motosikal tapi pakaian yang dipakai tu macam tak kena. Macam kes raya tahun lepas, ada seorang gadis ni pakai baju raya jenis meleret tu dan bawak motosikal. Nasib baik tiada sebarang kecederaan, cuma sayangnya baju tu terpaksa dipotong sebab kainnya tersangkut. Tapi lebih baik kalau kain yang dipotong. Macam sesetengah kes tu, tangan terputus sebab kain baju tertarik masuk dan tersekat kat celah tayar. Apa-apa pun berhati-hatilah di jalanraya.

Sumber imej: sabahpost.net
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *