Kes Kecurian Kereta Paling Gempar Di Malaysia. Ada Yang Berani Cuba Curi Kereta Ferrari Sultan Johor

Sumber imej: dailymail.co.uk

Terdapat banyak kes kecurian kereta yang pelik tapi benar berlaku di seluruh dunia. Antaranya pada tahun 2012, seorang lelaki pernah cuba curi sebuah kereta yang di dalamnya ada tiga anggota polis yang sedang bertugas! Dia punya tahap berani tu lain macam sangat.

Selain tu ada kes seorang lelaki ni curi kereta DeLorean, iaitu kereta unik yang sangat terkenal dalam filem Back To The Future. Namun yang kelakarnya ialah bila dia cuba untuk menjual kereta berkenaan di bandar yang sama melalui platform Craiglist. Memang polis pun mudah buat kerja sebab mereka dapat tahu dah siapa pencuri kereta tu. Macam mana di Malaysia pula? Ada yang pelik tapi benar tak?

1. DUA KALI GAGAL MENCURI PORSCHE MODEL 911 TARGA 4

Sumber imej: caranddriver.com

Kejadian yang berlaku pada tahun 2007 ni memang unik. Sebab geng pencuri yang dikenali sebagai Geng Mamak itu telah cuba untuk mencuri kereta jenis Porsche Model 911 Targa 4 sebanyak dua kali, dalam masa dua hari. Percubaan pertama dilakukan apabila seorang lelaki memakai sut masuk ke pusat pameran mewah Naza Premier Auto di Auto City Seberang Jaya dan menyamar sebagai seorang pembeli yang berminat untuk memiliki kereta yang berharga hampir RM 1 juta tersebut. Selepas dia menghidupkan enjin kereta, dia terus pecut dan merempuh cermin pusat jualan tu namun ditemui semula kurang dari dua kilometer. Sebab? Minyak habis!

Kali kedua ialah bila lelaki yang sama, masuk ke balai polis pada waktu malam dan cari di mana kereta itu disimpan sebelum mengisi minyak petrol, menghidupkan enjin dan melarikan kereta tersebut untuk kali kedua. 10 buah kereta peronda polis kejar dia tau! Selepas 10km, lelaki tu melarikan diri sekali lagi. Bila disiasat, rupanya dalang di sebalik kejadian tu ialah Geng Mamak.

Sumber imej: iluminasi.com

2. CURI KERETA POLIS UNTUK MENUNJUK KEPADA KEKASIH

Sumber imej: bharian.com.my

Kes seterusnya pula pernah tular pada tahun 2020 dan kali ini turut berlaku di Pulau Pinang. Dua beradik ni, telah menyamar sebagai anggota polis, kononnya dari bahagian Sumber Teknologi Maklumat dan nak periksa dashcam. Seorang anggota polis yang bertugas sebagai penyelia MPV polis tu tidak mengesyaki apa-apa yang pelik terhadap dua beradik tu dan menyerahkan kenderaan itu kepada mereka. Namun, selepas 30 minit, dia mula mengesyaki sesuatu apabila dia gagal menghubungi suspek melalui walkie talkie. Rupa-rupanya, kenderaan itu telah pun dilarikan dan hanya ditemui semula di Shah Alam di dalam satu percubaan mereka untuk menyamun sebuah kedai runcit. Bila disiasat, rupanya suspek pernah ada rekod jenayah selain mempunyai masalah mental. Kurang siuman rupanya tapi pandai dia berlakon jadi polis.

3. CUBAAN CURI KERETA FERRARI MILIK SULTAN JOHOR

Sumber imej: worldofbuzz.com

Boleh digelarkan sebagai antara pencuri kereta paling berani dalam sejarah Malaysia. Apabila seorang lelaki dari Gelang Patah, Johor menceroboh kawasan istana. Mula-mula dia pandu kereta Proton Waja dan masuk menuju ke garaj kereta istana. Masa dalam garaj, dia masuk ke dalam kereta Ferrari biru milik Sultan Johor sebelum seorang kakitangan istana yang merasa curiga bertindak pantas dengan menarik kunci kereta berkenaan. Suspek yang sedar percubaannya untuk melarikan kereta mewah itu gagal, terus melarikan diri dengan kereta Proton Waja miliknya tadi sebelum dia akhirnya berjaya diberkas oleh pihak polis. Bila disiasat, rupanya suspek positif dadah jenis methapitamine. Patut la dia punya tahap keberanian tu lain macam. Bayangkan dia cuba curi trak ‘Mack’ termahal di dunia milik Sultan Johor yang seakan Optimus Prime tu?

Sumber imej: zigwheels.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *