Kereta Yang Nampak Laju Tapi Sebenarnya Tak

Sumber imej: allcarindex.com

Bagi kebanyakan orang, semua kereta sports adalah laju. Tapi tahukah anda ada beberapa jenis kereta yang dari luaran nampak macam laju, tapi sebenarnya dia agak perlahan jika dibandingkan dengan yang lain? Kiranya dari segi bentuk tu nampak ganas dah, tapi sayangnya dia agak ‘slow’.

1. VAYDOR G35

Sumber imej: dailymail.co.uk

Bagi sesiapa yang pernah menonton filem Suicide Squad (2016), anda pasti ingat kereta yang digunakan olek si Joker iaitu Vaydor G35. Mungkin pengarah memilih kereta ni kerana rekaannya yang nampak ganas seakan supercar. Namun malangnya, kereta ni hanya mempunyai 305 hp sahaja, yang mana kuasa kuda tersebut agak kebelakang jika dibandingkan dengan apa yang diharapkan melalui rekaan luarannya.

2. TAMO RACEMO

Sumber imej: autopromag.com

Kereta Tamo Racemo merupakan sebuah kereta sports daripada syarikat Tata yang juga pemilik kepada Jaguar Land Rover. Idea asalnya memang menarik, di mana mereka membina kereta sports yang kononnya termurah berbanding pasaran lain dan menjadikannya sebagai kereta sports mampu milik di India dengan harga bermula dari Rs. 25 lakh (US$ 37,200 atau RM 150,437). Tapi dah namanya mampu milik, sudah tentu tidak selaju kereta sports yang lain. Kereta ni hanya menggunakan enjin 1.2L 3 silinder yang hanya mampu menghasilkan 190hp.

3. DELOREAN DMC-12

Sumber imej: esquireme.com

Antara kereta paling terkenal sepanjang zaman. DeLorean DMC-12 diperkenalkan pada tahun 1981, dan menjadi sangat popular menerusi kemunculannya dalam filem Back To The Future (1985). Dari segi rekaan, kereta ni memang nampak futuristik namun sayangnya kereta ini juga sering menjadi bahan jenaka kerana prestasinya yang kurang memuaskan, dengan hanya 130hp dan mengambil masa sehingga 10 saat untuk memecut dari 0 hingga 60 mph (96 km/j).

4. PLYMOUTH PROWLER

Sumber imej: carthrottle.com

Sekilas pandang, rekaan luarannya seperti kereta hot rod klasik Amerika yang digabungkan dengan kereta sports moden kan? Dengan berat hanya 2,800lb (1,270 kg), kereta ini boleh dikatakan agak ringan. Namun dengan enjin V6 miliknya, Plymouth Prowler hanya mampu hasilkan 214hp. Selain itu juga, kereta ini memerlukan 7.2 saat untuk memecut dari 0 hingga 60 mph (96 km/j).

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.