Kereta Yang Bakal Dipasarkan Tahun 2020 Di Malaysia

Source: motoqar.com

Tahun 2020 bakal menjengah dalam beberapa hari sahaja lagi. Bagi anda yang plan untuk beli kereta baru, boleh la jenguk beberapa senarai kereta yang bakal dipasarkan di Malaysia bagi tahun 2020. Mana tau kot ada yang sangkut. Semua jenis ada – sedan, MPV, SUV, compact. Cuma kereta terbang je tak ada dalam senarai ni.

1. MITSUBISHI XPANDER – RM 78,969

Source: autoindustriya.com

Kereta ni yang laku keras di negara jiran Indonesia mula dipasarkan di sana pada tahun 2017. Kerana sambutan yang menggalakkan, model ni dijangka masuk pasaran Malaysia pada tahun 2018. Tup, tup, tarikh pelancaran ditunda beberapa kali dan berkemungkinan dilancarkan di Malaysia pada akhir Januari 2020. Kereta yang mampu memuatkan sehingga 7 orang ini mempunyai saiz yang lebih besar dari Honda BR-V. Menariknya, harga jualan bermula pada RM 78,968. Kira mampu milik jugak la.

2. PROTON X50 – RM 75,000

Source: carsifu.my

Hello Proton? Kalau anda nak tahu, Proton X50 merupakan ‘adik’ kepada Proton X70 kerana saiznya yang lebih kecil sedikit. Dengan powertrain yang dihasilkan oleh Geely Auto dan Volvo, model X50 dikatakan bakal menjadi pencabar utama Honda HR-V and Toyota C-HR. Model X50 bakal menjengah ke pasaran Malaysia pada awal tahun 2020 bermula pada harga RM75,000.

3. HONDA CITY 2020 – RM 80,035

Source: motor1.com

Honda City, antara model sedan Honda yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia. Generasi ke-5 Honda City ini bakal dipasarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2020 dengan harga bermula dari RM80,035. Model ini lebih lebar berbanding keluaran sebelumnya, mempunyai 6 airbags dan, paling penting, jimat minyak dengan kadar penggunaan 23.8 km/liter.

4. AKAN DATANG – SUV PERODUA D55L

Source: paultan.org

Desas-desus mengatakan Perodua bakal mengeluarkan model SUV yang mempunyai ciri yang sama seperti Daihatsu Rocky dan Toyota Raize. Model ini dijangka masuk pada hujung tahun 2020 atau selewatnya pada awal 2021. Ramai yang setuju, sekiranya benar model ini bakal dipasarkan, ia akan menjadi pesaing utama Proton X50. Bagi harga pula masih dalam perbincangan. Yeala, nama pun belum comfirm lagi. Bentuk macam Daihatsu Rocky, mungkin Perodua nak bagi nama Perodua Rambo pulak?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.