Kereta Termahal di Dunia: Rolls-Royce Boat Tail Bernilai RM114 Juta Mungkin Milik Beyonce dan Jay-Z

Sumber imej: msn.com

Terbaru, kereta Rolls-Royce Boat Tail ini dikatakan sebagai kereta termahal di dunia, malah harganya sebanyak US$28 juta (atau RM 114 juta) juga dikatakan sehingga dua kali ganda harga kereta paling mahal sebelum ini, iaitu Bugatti La Voiture Noire yang berharga sekitar $12.5 juta (RM 51 juta).

Sumber imej: bugatti.com

Jadi, kalau dalam bahasa mudahnya, kereta mewah Rolls-Royce Boat Tail ni tidak mampu dimiliki oleh golongan jutawan biasa. Kalau dah harganya pun mencecah US$28 juta (RM 114 juta), hanya golongan tahap billionaire sahaja yang mampu ni. Jadi, beberapa desas-desus telah dikeluarkan oleh beberapa media, bahawa pemilik kereta ini adalah pasangan selebriti terkaya dan terkenal di dunia, iaitu Jay-Z dan Beyonce. Yang mana ‘net worth’ Jay-Z sahaja sudah mencapai $1.4 bilion (RM 5.74 bilion) manakala isterinya, Beyonce pula adalah sekitar US$500 juta (RM 2.06 bilion).

Sumber imej: ladbible.com

Apa yang buatkan pihak media yakin bahawa kereta mewah ini mungkin milik pasangan paling berpengaruh ini? Yang pertama kerana pemilihan warna birunya yang seakan memberi gambaran kepada nama anak pasangan ini iaitu Blue Ivy. Selain itu, pihak Rolls Royce turut mengatakan suhu peti sejuk istimewa di bahagian hadapan juga telah ditetapkan dengan suhu yang paling sesuai bagi menyimpan champagne kegemaran Jay-Z, Armand De Brignac.

Sumber imej: telegraph.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *