JUARA KERETA PALING DIBENCI: TESLA CYBERTRUCK

tesla cybertruck

Entah kenapa. Tapi kereta Tesla Cybertruck sememangnya terbukti sebagai juara kenderaan paling dibenci oleh ramai orang. Adakah kerana rekaannya yang petak dan menyakitkan mata?

Atau kerana ada orang yang tidak suka pada Elon Musk? Sampaikan ada yang membeli Cybertruck hanya untuk tendang, pukul dengan tukul atau merosakkan kenderaan itu dengan sengaja. 

Tesla Cybertruck Engineer: Stop Beating Up the “Tortured” Truck |  Automotive Addicts
Sumber imej: automotiveaddicts.com

Di bawah ini kami senaraikan beberapa kes yang membuktikan Tesla Cybertruck adalah kenderaan yang paling banyak menerima kes buli atau kes vandalisme walaupun kenderaan ini tak bersalah pun! 

  1. VANDALISME DI FLORIDA

Vandals spray paints 'F--k Elon' on 34 new Tesla Cybertrucks in Florida
Sumber imej: nypost.com

Sebanyak 34 buah model Tesla Cybertruck yang diletakkan di kawasan meletak kenderaan Fort Lauderdale di Florida, Amerika Syarikat telah menjadi mangsa vandalisme terbaru. Hampir kesemua Tesla Cybertruck itu telah diconteng dan disembur dengan perkataan “Fxxx Elon” yang jelas menunjukkan tahap meluat suspek dengan pengasas dan CEO Tesla, Elon Musk.

Untuk pengetahuan semua, kawasan parkir itu tidak mempunyai sebarang CCTV atau kamera pengawasan. Namun harus diingatkan bahawa setiap unit Cybertruck mempunyai sembilan unit kamera yang mungkin berjaya merakam setiap sudut yang dilakukan oleh suspek. Kiranya tak berapa nak bijak sangat la semua suspek tu Atau mungkin juga mereka yang melakukan vandalisme itu hanya remaja atau budak bawah umur?

  1. CERMIN SISI DIPUKUL TANPA SEBAB OLEH MAT MOTOR

The First Tesla Cybertruck Dashcam Videos Are In, And It's All Hate
Sumber imej: insideevs.com

Dalam sebuah kejadian di California, sebuah motosikal biru secara tiba-tiba datang dari arah belakang sebuah Tesla Cybertruck, sebelum menumbuk cermin sisi kenderaan terbabit sehingga patah. Menurut pemilik Tesla berkenaan, beliau tidak melakukan apa-apa provokasi dan terkejut apabila kenderaan miliknya menjadi mangsa tanpa sebab.

Namun malangnya, apabila mangsa membuat aduan kepada pihak berkuasa iaitu California Highway Patrol, mereka tidak dapat mengesan suspek kerana Teslacam mangsa gagal merakam nombor pendaftaran motosikal biru suspek. Katanya ada sembilan unit kamera tapi macam tak berfungsi pula?

  1. TESLA CYBERTRUCK VS BMW

Dalam satu kejadian lain pula, seorang lelaki yang memandu sebuah BMW naik angin hanya kerana sebuah Tesla Cybertruck memotongnya di sebuah jalan raya. Lelaki tersebut kemudian bertindak memecut laju dan mengejar Tesla Cybertruck itu selain cuba membaling botol air ke arah Cybertruck tersebut.

Adakah pemandu BMW itu kena rasuk atau memang dia pantang kena potong dengan kenderaan lain? Mungkin lelaki itu antara golongan manusia yang rasa kereta mereka yang terpaling laju kot? Walhal, Tesla Cybertruck boleh memecut dari 0-100km/j hanya dalam masa 2.6 saat. Sedangkan BMW paling laju pun adalah BMW M8 Competition. Itupun kadar pecutannya daripada 0-100 km/j adalah dalam masa 3 saat. 

P/S: Bila la nak tengok kemunculan Tesla Cybertruck di jalan raya Malaysia? Mesti ramai yang ‘terpegun’ dengan rekaannya. Futuristik sungguh!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.