Kereta Supersonic Memecut Sehingga 1010 KM/J

Source: thesouthafrican.com

Kereta kelajuan supersonic. Bukan kereta biasa-biasa, yang anda boleh lihat di Lebuhraya Karak tu. Tapi ini adalah kereta khas buatan Britain dikenali sebagai Bloodhound LSR. Beberapa hari lepas, kereta ini telah menjalani proses ‘testing’ di Hakskeen Pan, Afrika Selatan dan merekodkan kelajuan sehingga 628 mph bersamaan dengan 1010 km/j! Atau 240 mph lebih laju dari kelajuan bunyi. Wow!

Source: bbc.com

Kalau anda nak tahu, Bloodhound LSR ialah sebuah kereta unik yang dihasilkan dengan gabungan teknologi kereta F1, jet dan juga kapal angkasa. Malah, Bloodhound juga dihasilkan menggunakan Rolls-Royce EJ200 turbofan jet engine, iaitu enjin sama yang digunakan oleh jet Eurofighter Typhoon.

Source: nationalinterest.org

Dengan kelajuan sepantas ni, agak-agak siapa driver nya? Mestilah bukan pelumba biasa. Driver Bloodhound LSR kali ni ialah Andy Green, bekas pemandu jet pejuang dari British Royal Air Force, yang juga pernah memecahkan rekod dunia pada tahun 1997. Tengok gaya kalah Tom Cruise dalam movie Top Gun kan? Cuma baju yang dipakai seakan Ben Affleck dalam Armageddon. Cewahhh..!

Source: dailymail.co.uk

Anda boleh tengok video di sini :

Berdesup mengalahkan pelesit kan? Malah dengan kelajuan melebihi 1000 kph, kesan cat di sisi kereta tersebut juga didapati terhakis. Pelumba ni tak takut mati ke? Bahaya ke tak? Mestilah bahaya. Namun bagi mereka yang suka aktiviti ekstrem seperti Andy Green ni, maut itu adalah pasti. Yang penting, biar mati asal dapat pecah rekod. Sama seperti yang terjadi kepada mendiang Jessi Combs, juga dikenali sebagai “Wanita Terpantas Empat Roda”. Malangnya, semasa percubaan untuk memecahkan rekod dunia dengan kelajuan 531 mph (854 km/j), beliau telah menemui ajalnya akibat kegagalan fungsi roda pada bulan Ogos tahun ni.

Source: bgr.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *