Kereta Solar Elektrik Aptera: Harga Bermula RM105,000

Sumber imej: theverge.com

Bagai pisang goreng panas. Kereta solar elektrik Aptera baru sahaja dilancarkan, namun ia telah mendapat permintaan yang sangat tinggi. Malah, jumlah pra pesanan sudah pun melebihi US$100 juta (RM 406 juta).

Apa yang sangat istimewa tentang kereta ni? Untuk pengetahuan anda, kereta tiga tayar dengan rekaan futuristik ni merupakan kenderaan pertama di dunia yang mampu bergerak tanpa minyak petrol mahupun tenaga elektrik. Walaupun kelihatan kecil, tapi kereta ini mampu memecut sehingga 110 mph (177 km/j).

Sumber imej: cleantechnica.com

Lagi menarik, kereta ini juga mampu bergerak sehingga 1,000 batu (1,609 km) dengan bateri penuh dan pemandu juga tidak perlu cas pun kereta ni. Malah, teknologi solar kereta ini juga dicipta untuk menyimpan tenaga solar sehingga lebih 11,000 batu (17,000 km) setahun bergantung kepada cuaca atau kadar penerimaan cahaya matahari bagi sesebuah tempat. Kiranya kalau kereta ni ada di Malaysia, memang bagus sangat dengan cuaca negara kita kan?

Sumber imej: dezeen.com

Sumber imej: dezeen.com

Mempunyai saiz dengan 4.4 meter panjang, 2.2 meter lebar dan ketinggian 1.4 meter, kereta ini mampu membawa dua orang dewasa (seorang pemandu dan seorang penumpang) pada satu masa. Jadi, disebabkan keunikan yang terdapat pada kereta ni, maka tidak hairanlah apabila ia menjadi antara kereta yang paling ditunggu bagi tahun 2021.

Tempahan awal sudah mula dibuka sejak 4 Disember 2020, dengan harga permulaaan US$25,900 (RM 105,000). Bentuknya memang futuristik. Cuma sekilas pandang, macam kapal Zoragon dalam filem Senario XX (2005) kan?

Sumber imej: twitter.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *