Kereta Mewah Yang Dirampas Dari Sindiket Macau Scam. Mata Netizen Memang Tajam Habis.

Sumber imej: bharian.com.my

Kebelakangan ni heboh diperkatakan tentang isu sindiket Macau Scam. Beberapa orang termasuk yang berpangkat Datuk dan Datuk Seri ditangkap, serta beberapa anggota polis yang disyaki terlibat dalam jenayah itu juga telah ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM). Selain itu, beberapa selebriti terkenal tanahair juga telah ditahan untuk membantu dalam siasatan. Sebanyak 730 akaun bank dengan wang berjumlah RM 80 juta telah dibekukan selain 23 kereta mewah disita, disyaki hasil dari penipuan sindiket Macau Scam.

Siapa sangka, kereta mewah yang mereka bangga sangat dan tayang kat media sosial tu rupanya disyaki hasil dari duit haram. Nak tengok antara kereta yang dirampas dan mempunyai komen paling “win”? Jom terjah.

1. Lamborghini Aventador

Sumber imej: FB Kaki Rayap

Kereta yang menjadi idaman kalbu sesiapa sahaja yang melihat. Di Malaysia, kereta jenis ni hanya ada beberapa unit sahaja. Mana tidaknya, harga pun dah lebih RM 3.6 juta! Kalau korang berkenan, jenis yang sama ada jual kat Carlist. Bayaran ansuran bulanan pun dah nak cecah RM 50K kak oi…Malah ada netizen yang “claim” duit beli kereta ni ialah termasuk duit dia yang kena scam dulu.

2. Chevrolet Camaro

Sumber imej: FB Kaki Rayap

Takkan tak kenal kot kereta apa ni? Kalau korang tengok filem Transformers mesti tahu kan? Inilah Chevrolet Camaro yang jadi Bumblebee tu. Eh, nak sama dengan nama business air artis yang terpalit dengan Macau Scam ni kan? Kereta jenis ni kalau yang dah berusia nak masuk 10 tahun pun masih lagi hampir RM 200K. Kalau yang baru-baru lagi ada la kot nak hampir RM 400K. Harga rumah orang yang kena scam pun murah lagi dari harga kereta penipu ni rasanya.

3. Ford Mustang

Sumber imej: FB Kaki Rayap

Nampak macam seakan kereta di atas kan. Jangan tertukar, warna mereka mungkin sama iaitu kuning hitam. Tapi yang ni ialah kereta Ford Mustang. Nampak tak logo macam kuda tengah berlari tu? Mengikut website zigwheels.my, kereta Ford Mustang dengan enjin 2251cc dan 313hp ni kalau yang baru harganya boleh mencecah antara RM 461,000 hingga RM 565,000 (harga OTR di Malaysia).

4. Toyota Celica

Sumber imej: FB Kaki Rayap

Antara beberapa kereta yang ditayangkan, kereta ni antara yang mendapat paling banyak kritikan oleh netizen. Sebab mereka kata ini merupakan Toyota Celica yang tak sedar diri dan acah-acah dia tu Lamborghini. Mata netizen ni memang power. Mereka siap cakap kenapa kereta orang kaya tapi pakai bumper clip kat depan tu. Kata mereka lagi, yang kuning atas tu jadi Bumblebee, yang hijau ni jadi Shrek.

5. Ford Ranger

Sumber imej: FB Kaki Rayap

Juara bagi kategori senarai kereta yang dirampas dengan jumlah komen paling banyak tak lain tak bukan ialah kereta Ford Ranger berwarna hitam. Melalui mata-mata tajam netizen, kereta ni seakan kereta salah seorang selebriti Malaysia yang juga pelawak yang terpalit dengan isu ini. Dulu pelawak tu pernah cakap, nama yang diberikan kepada Ford Ranger miliknya ialah “Dol”. Adakah ini “Dol” yang sama atau sekadar pelanduk dua serupa yang dirampas pihak SPRM? Hmm..

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *