Kereta Lagenda Gusti WWE: The Undertaker

Sumber imej: youtube.com

The Undertaker merupakan antara lagenda ahli gusti yang paling terkenal sepanjang zaman dan dia baru sahaja mengumumkan persaraannya secara rasmi pada tahun ni. Pemilik nama Mark William Calaway ni sudah berkecimpung dalam arena gusti sejak tahun 1984, sebelum masuk ke World Wrestling Federation (WWF, sekarang tukar jadi WWE) pada tahun 1990 dan di sini lah bermulanya sejarah tentang The Undertaker.

Ini merupakan beberapa koleksi kenderaan milik peribadi The Undertaker:

1. HARLEY DAVIDSON HEARSE FUNERAL CHOPPER

Sumber imej: pnterest.jp

Dalam SummerSlam 1992, The Undertaker telah melakukah kemunculan dengan menaiki kereta keranda. Untuk memperingati saat ikonik itu, dia memilih untuk memiliki kenderaan tersebut yang mana ia mempunyai lima roda yang merupakan gabungan sebahagian dari motosikal, kereta keranda dan kereta kuda yang unik ini.

2. WEST COAST CUSTOM CHOPPER

Sumber imej: pinterest.com

Masihkah anda ingat, selain membawa watak seram, The Undertaker juga pernah masuk ke gelanggang gusti dengan menaiki motosikal West Coast Custom Chopper yang direka oleh Jesse James sendiri, dengan harga US$150,000 (RM 610,200). Antara banyak-banyak jenis motosikal yang digunakan, ini merupakan yang paling popular.

3. BLACK HOT ROD

Sumber imej: hotcars.com

Sekali imbas, seakan kereta Batman pun ada kan? Tapi kereta ni memang nampak ‘jahat’ sesuai dengan karekter yang dimainkan oleh The Undertaker. Selain itu, kereta Black Hot Rod ini juga merupakan antara kereta paling ikonik yang pernah dimiliki olehnya. Turut dikenali sebagai 1939 Lincoln Zephyr, kereta yang turut mempunyai “diecast car” keluaran Hot Wheels ini bernilai di antara US$300,000 hingga US$400,000 (RM 1.2 juta hingga RM 1.6 juta). Maka rupa bentuk dan warnanya memang sangat sesuai untuk seorang lagenda arena gusti yang digeruni sepanjang zaman.

4. BENTLEY CONTINENTAL GT

Sumber imej: youtube.com

Juga antara koleksi termahal kenderaan yang dimiliki oleh The Undertaker, Bentley Continental GT ini merupakan koleksi peribadi dengan harga sekitar US$220,000 (RM 894,080). Kereta ini memiliki enjin turbo berkembar W12 6.0 liter dengan keupayaaan 552 bhp dan kelajuan tertinggi sekitar 197 mph (317 km/j). Adakah dia pernah membawa masuk kereta ini ke gelanggang gusti? Sudah tentu tidak kerana kereta mewah peribadinya ini hanya digunakan untuk perjalanan penting peribadi sahaja.

Selain itu, di bawah ni merupakan koleksi kenderaan milik The Undertaker yang lain:

CADILLAC ATS

Sumber imej: caranddriver.com

JEEP WRAGLER RUBICON

Sumber imej: salexport.com

CHEVROLET TAHOE

Sumber imej: chevrolet.com

MERCEDES G-CLASS

Sumber imej: paultan.org

FORD MUSTANG

Sumber imej: hotcars.com

HARLEY-DAVIDSON SOFTTAIL FATBOY

Sumber imej: harley-davidson.com

HARLEY-DAVIDSON CVO LIMITED

Sumber imej: pinterest.com

HARLEY-DAVIDSON BREAKOUT

Sumber imej: topspeed.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.