Kereta Elektrik Mini Bakal Lenyapkan Trend SUV? Comelnya

Sumber imej: northbaybusinessjournal.com

Industri automotif ni berkembang mengikut peredaran zaman. Sama seperti fesyen pakaian, sesuatu model kenderaan yang dikeluarkan adalah mengikut trend atau kemahuan masyarakat dunia. Contohnya sekitar tahun 2009, kenderaan MPV seperti Nissan Grand Livina dan Toyota Avanza sangat popular dan kalau di Malaysia pula, kereta seperti Proton Exora dan Perodua Alza memang mendapat permintaan tinggi.

Namun sekitar tahun 2018, minat berkaitan kenderaan seperti MPV, sedan dan juga hatchback seakan menurun apabila pelanggan mula menunjukkan lebih minat kepada SUV. Sebab itu la, kebanyakan pengeluar kereta pun berlumba-lumba untuk mencipta model kereta SUV di seluruh dunia seperti Honda CRV, Honda HRV, Mazda CX-5, Volvo XC60, Range Rover Evoque, Kia Sportage, Volkswagen Tiguan, dan banyak lagi. Termasuk juga di Malaysia bila Proton perkenalkan model SUV pertama mereka iaitu X70 dan terbaru (walaupun agak lewat) ialah Proton X50 dan Perodua Ativa.

Sumber imej: paultan.org

Namun, selepas beberapa tahun menerajui pasaran, permintaan terhadap model SUV berkemungkinan akan menghadapi kemerosotan. Mengikut Peter Valdes-Dapena yang juga penulis CNN Business dalam kategori automotif, dia melihat satu trend baru bakal merubah trend industri automotif di mana kereta yang lebih kecil atau kereta elektrik mini mungkin akan menjadi trend terbaru di seluruh dunia. Malah, sekitar tahun 2019 ada sebuah syarikat pengeluar kereta mencipta sebuah kereta elektrik mini yang boleh parking kat dinding!

Sumber imej: motorbiscuit.com

Sumber imej: hitecher.com

Sumber imej: evcentral.com.au

Dah la kecik, parking kat dinding. Bukan biasa-biasa ni. Walaupun kelihatan seperti sebuah sampan kecil, namun model kereta seperti Nobe GT100 ni mampu membawa dua orang dan satu ruang untuk meletakkan barang, mempunyai berat kurang 600 kilogram, selain bateri 21 kWh mampu bergerak sehingga 180 batu (289 km) dengan kelajuan maksimum sehingga 80 mph (129 km/j).

Selain itu, model kereta seperti Microlino juga dikatakan turut mempunyai keupayaan untuk mendapat sambutan. Dengan berat hanya 513 kilogram, apa yang menarik tentang kereta mini ini ialah biasanya kalau nak masuk dalam kereta kita buka pintu dari arah sisi kereta kan? Namun bagi model Microlino ni, bahagian pintunya terletak di bahagian depan. Harga yang ditawarkan pula ialah sekitar US$ 12,000 (RM 49,000). Harga macam ni untuk orang ‘kayangan’ boleh la kot.

Sumber imej: slashgear.com

Sumber imej: carbiketech.com

Model ketiga yang dikatakan mampu mencuri perhatian pasaran dunia ialah ElectraMeccanica Solo. Dah namanaya solo kan, sudah tentu hanya seorang sahaja yang boleh muat dalam kereta ni. Bentuk kereta ni seolah sebuah motosikal tapi berbumbung dan mempunyai bonet. Mempunyai bateri 17.3 Kwh, model kereta ni mempunyai 82 kuasa kuda (hp) dan mampu memecut sehingga 80 mph (129 km/j).

Sumber imej: bctechnology.com

Sumber imej: autotrader.ca

Bagi orang Eropah, mungkin trend SUV akan diganti dengan kereta elektrik mini mewah ni kan? Tapi rasanya bagi penduduk Malaysia, mungkin kita lagi suka Perodua Kancil je kot. Kecil, laju dan yang penting bila parking rapat ke depan boleh buat semua pemandu kereta lain di Malaysia jadi kecewa.

Sumber imej: malaysiantalk.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *