Kereta Dibaiki Masih Rosak. Lelaki Berang Bakar Mekanik

Pernah tak kereta yang dibaiki masih tetap rosak? Samada kereta kita tu memang dah nazak sangat atau mekanik yang buat kerja acuh tak acuh? Jika mekanik tu kantoi tak buat kerja seperti diharapkan, memang kita akan rasa bengang. Rasa nak bakar je kedai tu kan? Itulah yang berlaku dalam kes kali ni.

Marah gara-gara kereta yang dibaiki masih rosak, seorang mekanik telah dibakar oleh pelanggan yang tidak puas hati. Hasilnya, mekanik malang itu dipercayai melecur tahap tiga dengan kesan terbakar lebih daripada 40 peratus pada kepala, pinggang dan kaki kanannya. Aduh, ganasnya tindakan pelanggan ni. Apa jadi sebenarnya?

Kejadian yang berlaku di Kampung Gajah, Perak sebenarnya berpunca daripada seorang lelaki berang selepas kereta milik adiknya masih lagi rosak walaupun telah dibaiki mekanik (mangsa) terbabit. Susulan itu, berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek, sebelum suspek menyuruh rakannya untuk membeli minyak petrol.

Lepas tu, suspek bertindak menyimbah mangsa dengan minyak petrol tersebut sebelum menyalakan api menggunakan pemetik api. Lepas dah bakar, dua antara suspek itu cuba memadamkan kebakaran dengan menggunakan air paip, sebelum menyuruh rakan mereka untuk membawa mangsa ke Hospital Changkat Melintang.

Lagi malang, mangsa hanya ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta di hadapan wad kecemasan hospital terbabit. Nasib baik masa tu mekanik tersebut masih sedar dan mampu bercakap. Akhirnya, polis telah menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu dan kesemua suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine. Raya dalam lokap la jawabnya.

P/S: Penulis pun pernah kena tipu dengan mekanik. Ada ke patut dia ikat dengan tali rafia je? Dah la caj mahal.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *