Kereta Apa Yang Layak Untuk Anda? Bijak Membeli Kurangkan Beban

Source: debt.org

Takkan anda tak kenal ada manusia yang sanggup gadai tanah, rumah, hutang sana sini dan lagi teruk sampai porak peranda sebuah keluarga hanya kerana nak menunjuk kereta mewah yang dimiliki. Sebetulnya, orang kata biar la naik Perodua Kancil tapi tiap bulan boleh melancong, makan sedap-sedap dari sesetengah orang yang naik BMW tapi sanggup ikat perut. Anda jenis yang mana?

Memang betul, pada tahun 2020 ni, kereta bukan lagi satu kehendak. Ia sudah menjadi satu keperluan. Tapi macam mana nak tahu jenis dan harga kereta yang sesuai dengan anda tanpa membebankan poket anda? Jom jadi bijak dan ikut tips di bawah:

1. HARGA KERETA MESTI SAMA DENGAN GAJI SETAHUN

Source: hamariweb.com

Macam mana tu? Sama dengan gaji setahun? Contohnya, gaji sebulan ialah RM 4,000. Setahun bersamaan (RM 4,000 x 12 bulan) = RM 48,000. Maka, kereta yang anda mampu beli dengan gaji tersebut ialah mana-mana kereta yang berharga RM48,000 dan ke bawah sahaja. Jadi, kereta baru yang anda mampu milik ialah seperti Proton Persona, Perodua Myvi, Proton Saga dan Perodua Axia. Semua tu bawah RM 48,000. Bila tolak duit deposit dan ansuran bulanan, anggaran kos adalah masih di bawah 20 % dari gaji bulanan. Jadi, anda masih lagi di zon selesa. Seandainya nak pakai kereta yang lebih besar sikit boleh, tapi mungkin kena kongsi bayaran dengan pasangan anda dan pastikan gaji setahun anda berdua melebihi harga kereta tersebut.

2. SEMAK HARGA TOL, PARKING & PENGGUNAAN MINYAK BULANAN

Source: soyacincau.com

Antara kesalahan besar anda lakukan sebelum beli kereta idaman ialah anda hanya kira ansuran bulanan yang mampu anda bayar. Bab tol dan minyak ulang-alik ke tempat kerja? Parking lagi macam mana? Sekiranya anda bekerja di kawasan luar bandar yang tak perlu menumpuh jam teruk, tak payah bayar tol dan parking sampai RM 5 sejam macam kat bandar KL ni, anda dikira bernasib baik. Nampak remeh tapi kos tinggi tau. Contoh mudah, anda kerja di kawasan pusat bandar KL yang kos parking sehari dah RM 14 – RM 15. Minyak seminggu dah RM 60 – RM 70. Tol ulang alik dah RM 4 sehari. Total sebulan dah cecah sehingga RM 600 tau (RM 14 x 20 hari = RM 280) + (RM 60 minyak x 4 minggu = RM 240) + (tol RM 4 x 20 hari = RM 80). Lagi mahal dari ansuran bulanan kereta. Ni kira contoh mudah la. Sebab tu jugak kot berlambak tengok orang yang kerja kawasan luar bandar boleh beli kereta yang lagi ‘mewah’.

3. SEMAK HARGA CUKAI JALAN

Source: profhariz.com

Kadar road tax atau cukai jalan ni berbeza-beza mengikut jenis, nilai kereta dan enjin (CC). Lagi mahal dan besar CC, lagi mahal jumlah road tax yang anda kena bayar. Contohnya macam Myvi 1.3 liter dalam lingkungan bawah RM 100, Proton Inspira 1.8 liter dalam RM 270 ke atas, Honda Civic 2.0 liter dalam RM 370 ke atas dan yang tahap mewah macam Mercedes ML350 3.5 liter tu boleh cecah sehingga RM 4,300 ke atas. Ha? Baru tahu ke? Ingat senang nak ‘bela’ kereta?

 

4. SEMAK KOS SERVIS & SPARE PARTS.

Source: motorhappy.deployme.co.za

Kereta baru yang bawah 3 tahun mungkin la tak kena servis sangat. Setakat nak tukar minyak hitam, brake pad, bateri tu masih okay lagi kosnya. Boleh la dalam lingkungan RM 300 ke bawah. Tapi semakin lama anda akan sedar yang kos pun semakin meningkat. Silap-silap kena ketuk sampai beribu ringgit. Kalau buat di authorized service centre mungkin agak mahal berbanding bengkel bawah pokok. Tapi bagaimana kualiti spare parts pulak? Kalau pakai yang asli, kualiti bagus. Tapi berapa banyak kes yang kena tipu dengan mekanik? Katanya nak tukar engine mounting. Sekali mekanik tu cuma ikat pakai dawai atau tali. Bayar harga penuh, tapi baiki pakai dawai je. Anda mungkin rasa benda ni tak penting. Tapi bila sekali kereta rosak, boleh kering akaun bank. Harga spare parts ni mudah nak tahu. Selain anda semak online, anda boleh tengok kadar populariti kereta tersebut di pasaran. Biasanya, lagi ramai orang guna kereta jenis tu, harga spare parts dia lagi berpatutan. Jadi kalau nak pilih kereta, tengok juga jenama dia. Okay?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *