Kerana Sayangkan Kereta Baru, Seorang Ayah Tergamak Biar Bayinya Maut Terkunci Di Dalam Kereta

Sumber imej: warwickdailynews.com.au

Seorang lelaki yang juga seorang bapa kepada bayi perempuan berusia setahun, lebih rela melihat anaknya sendiri maut apabila terperangkap di dalam kereta selama lebih satu jam daripada memecahkan cermin tingkap kereta tersebut. Kejadian yang berlaku di Las Vegas itu menyaksikan bagaimana seorang bapa yang kejam dan kedekut, sanggup kehilangan anaknya sendiri daripada menanggung kerugian sekiranya cermin kereta miliknya dipecahkan.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Akibat dari kejadian malang itu, Sidney Deal, 27 tahun telah pun ditangkap polis kerana kecuaian selain dituduh cuba mengganggu urusan pihak polis. Ini kerana, pada hari kejadian, pihak polis telah beberapa kali mencuba untuk memanggil tukang kunci, trak tunda selain cuba memecahkan cermin tingkap kereta jenis Nissan Altima itu namun telah dihalang oleh bapa mangsa. Sayang sangat dia dengan kereta Nissan Altima dia tu.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Dia memberitahu pihak polis bahawa bayinya cuma tidur kerana penyaman udara kereta itu dibiarkan hidup. Namun, disebabkan situasi yang tegang, pihak polis berkeras dan akhirnya memecahkan cermin kereta itu sebelum menemui mangsa, Sayah, yang berusia setahun telah pun meninggal dunia akibat kepanasan dan kekurangan oksigen.

Sumber imej: nypost.com

Sebenarnya isu ini membuatkan kita manusia waras ni berfikir, adakah manusia zalim dan kedekut macam Sidney Deal ni layak jadi seorang bapa? Kenapa dia dikatakan kedekut? Sebab bayangkan semasa dalam situasi macam ni pun dia sempat lagi menelefon ibunya untuk menghantar tukang kunci dari pihak insurans. Tahu tak proses tu pun dah berapa lama? Apa yang penting sebenarnya nyawa budak tu. Sebab tingkap yang pecah boleh diganti, tapi nyawa yang hilang kekal abadi.

Sebenarnya ramai yang geram dengan sikap acuh tak acuh si bapa ini. Malah mereka juga berharap agar si bapa ini akan dijatuhkan hukuman setimpal dengan perbuatannya. Ada ke hukuman tinggalkan pesalah dalam kereta berkunci di bawah panas terik matahari?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *