Kerana Sayang, Ayah Bina Kereta Lamborghini Sian Untuk Anak

Sumber imej: hotcars.com

Jika sebelum ini kita pernah dengar seorang petani Vietnam telah membina sebuah replika Bugatti Chiron dengan menggunakan tanah liat, kini seorang ayah bernama Dao yang juga seorang tukang kayu menggunakan kemahirannya untuk membina replika Lamborghini Sian buat anak lelaki kesayangannya. Kali ni bukan dari tanah liat, tapi daripada kayu.

Mesti kita terfikir. Kereta kayu? Sama seperti kereta Flintstone ke? Jangan terkejut sebab kereta ini bukan kereta replika sebarangan tau, sebab ia juga mempunyai pintu yang boleh dibuka ke atas (gull-wing doors), persis kereta Lamborghini yang asal.

Sumber imej: hotcars.com

Tempoh untuk membina kereta istimewa ini mengambil masa selama 65 hari. Di mana dia menggunakan kepakarannya sebagai tukang kayu untuk memasang, mengukir dan memotong kayu mengikut bentuk yang dikehendaki. Untuk bahagian tayar pula, dia turut memasang tayar getah pada ‘rim kayu’. Untuk bahagian dalaman pula, siap ada gearbox kayu, selain turut memasang motor elektrik dengan rantai dari basikal, bersama bateri kereta. Menariknya, kereta ini turut dipasang dengan lampu LED!

 

Adakah anda rasa kemahirannya adalah sesuatu yang unik? Sudah tentu. Malah bukan sahaja kereta ini yang pernah dibina. Dia juga pernah menghasilkan replika kereta BMW dan Bugatti tau. Tapi bila dilihat pada video yang dikongsi oleh lelaki ini, kita tidak nampak anak lelakinya ‘memandu’ kereta tersebut. Yang nampak terlebih teruja ialah ayahnya pula. Sebenarnya kereta ini untuk anak atau ayah sendiri?

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *