Sumber imej : The Star
Dulu, kenderaan yang menggunakan tenaga gas asli (NGV) dianggap sebagai pilihan terbaik untuk persekitaran yang lebih hijau dan menjimatkan pengguna. Namun, bermula Julai 2025, Kerajaan akan menamatkan sepenuhnya perkhidmatan dan penggunaan NGV atas dasar keselamatan. NGV tidak selamat digunakan ke? Jawapannya YA.
Sumber imej : The Star
Biasanya, kenderaan yang menggunakan NGV akan meletakkan silinder NGV di bahagian but kereta. Sekiranya berlaku kemalangan contohnya kenderaan NGV tersebut dilanggar dari belakang, silinder NGV boleh pecah dan menyebabkan letupan yang bukan sahaja berbahaya kepada pengguna malah kepada orang awam yang berada berdekatan. Justeru itu, keputusan kerajaan untuk menghentikan penggunaan NGV dianggap sebagai satu keputusan yang bijak.
Sumber imej : apittech
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, kerajaan tidak akan lagi membenarkan kenderaan yang menggunakan NGV untuk didaftarkan atau dilesenkan untuk kegunaan di atas jalan raya. Malah, PETRONAS yang juga menjadi penyedia tunggal NGV juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat.
Kini terdapat kira-kira 40 ribu kenderaan yang masih aktif menggunakan NGV. Ini termasuklah teksi, kereta sewa pandu, kenderaan persendirian, bas, lori dan juga jentera. Bagi membantu mereka yang terkesan, kerajaan turut akan menyediakan program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV kepada pengguna yang layak bagi memastikan proses peralihan ini berjalan dengan lebih lancar.
Sumber imej : Berita RTM