Kerajaan Tak Nak Perkenalkan Kenderaan Rahmah Ke? Tanya Jer.

Kebelakangan ini, Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemilik restoran atau kedai makan dengan peruntukan sebanyak RM 750 juta untuk menyediakan Menu Rahmah dilihat sangat bagus dalam membantu golongan B40 atau yang kurang berkemampuan.

Tidak hanya terhenti di situ, nampaknya usaha kerajaan itu turut mendapat perhatian dan sokongan daripada restoran gergasi dan rangkaian makanan segera terkenal termasuk McDonald’s (McD), Kentucky Fried Chicken (KFC), Burger King, Domino’s Pizza, A&W, Marrybrown serta The Manhattan Fish Market kerana mereka juga bakal memperkenalkan Menu Rahmah.

Sumber imej: dailymakan.com

Jadi di kesempatan ini, agak-agak kerajaan bakal perkenalkan Kenderaan Rahmah tak? Bukan apa, harga kereta atau motosikal sekarang pun bukan main naik mencanak. Bukanlah kami nak kereta yang harganya RM5 macam Menu Rahmah atau kenderaan percuma, sebab benda tu memang mustahil. Cuma bertanya mungkin kerajaan boleh buat peruntukan atau insentif tertentu dengan kerjasama bersama pengeluar kenderaan tempatan atau import? Kalau kerajaan boleh sediakan insentif berkaitan kenderaan elektrik (EV) yang rata-ratanya berharga di luar kemampuan, rasanya tidak salah untuk memperkenalkan insentif untuk kenderaan yang lebih mesra rakyat marhaen?

Jangan pula dengan sombongnya bagi cadangan untuk mereka yang tidak mampu boleh gunakan kenderaan awam. Bukan semua tempat dalam Malaysia ni yang ada infrastruktur yang bagus macam di kawasan Lembah Klang. Pernah tak tengok Pink Walker yang berjalan kaki untuk hantar makanan? Atau ‘rider’ Foodpanda yang gigih kayuh basikal untuk menghantar makanan demi sesuap nasi? Boleh jadi auto sebak tau. Maka golongan sebeginilah yang layak dapat insentif khusus sebab mereka sememangnya memerlukan kenderaan sendiri.

Sumber imej: mstar.com.my
Sumber imej: xtra.com.my

Takkan la para Menteri je yang sikit-sikit nak tukar kereta kan? Kereta yang sedia ada ni semua elok-elok lagi. Dari membazir duit peruntukan macam tu, baik salurkan untuk rakyat je.

Jangan marah, tanya jer.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.