Keputusan Pergerakan Rentas Negeri Aidiladha: Boleh Rentas Negeri

Source: malaymail.com

Pada pagi Isnin, jalan raya dilihat jem teruk lebih dari kebiasaan. Semua orang bersemangat nak ke tempat kerja ke? Bukan! Rupanya semua tu adalah rakyat Malaysia yang diserang penyakit panik, apabila sesetengah dari mereka percaya dengan desas-desus yang mengatakan kerajaan akan membuat sekatan merentas negeri, sekaligus meranapkan impian mereka untuk ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Raya Aidiladha.

Source: freemalaysiatoday.com

Jadi pada fikiran mereka, lebih baik cepat-cepat bertolak balik kampung, sebelum kerajaan buat sidang media pada 27 Julai 2020 jam, 2 petang. Sekurang-kurangnya kalau kerajaan umum tidak boleh merentas negeri, mereka dah selamat tiba kat kampung kan? Bijak jugak. Tapi naya pada yang nak ke tempat kerja hari tu. Sampai dalam map chat aplikasi Waze pun ramai yang sempat komen boleh tertidur tunggu giliran di trafic light.

 

Source: reddit.com

Tapi sekarang anda jangan risau dah. Kerajaan cakap boleh merentas negeri, cuma kena jaga SOP masing-masing. Kerajaan juga menegaskan orang ramai untuk segera melaporkan segala jenis kesalahan yang melibatkan mana-mana individu yang melanggar SOP kepada pihak berkuasa. Yang paling penting, sikap sabar tu. Ingat la, bukan anda seorang je ada kampung halaman. Bila jalan jem, ikut la giliran masing-masing. Jangan suka-suka potong barisan. Memandu pun biar lambat asal selamat. Kalau terjadi la apa-apa, kesian kat orang belakang terpaksa hadap jem berlipat kali ganda dari kecuaian anda. Ialah, di musim perayaan ni walaupun hanya satu laluan ditutup, boleh sebabkan jem sehingga berbelas jam. Itu la maksud sebenar Kita Jaga Kita di jalanraya. Faham ke tak faham?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *