Kenderaan Unik Yang Hanya Ada Pada Satu Tempat Di Dunia

Source: thousandwonders.net

This article is also published in English and Tagalog.

Jauh perjalanan luas pemandangan. Bagi yang suka melancong, mungkin anda akan rasa macam nak melawat sesuatu tempat tu disebabkan keunikan tersendiri yang hanya dimiliki oleh destinasi tertentu sahaja. Termasuklah jenis kenderaan mereka unik yang mereka gunakan, dimana ianya tidak terdapat di tempat lain. Maaflah, kali ni Malaysia belum tersenarai.

1. KERETAPI BULUH – BATTAMBANG, CAMBODIA

Source: mysteryangkortravel.com

Keretapi Buluh merupakan salah satu tarikan unik yang hanya terdapat di Cambodia. Setiap ‘gerabak’ dikendali oleh seorang pengemudi (seakan naik bot). Kalau nak tahu, setiap ‘gerabak’ tu ada enjin yang membolehkan setiap keretapi bergerak dengan kelajuan sehingga hampir 50km/j. Track ada 1 je, jadi pandai-pandai la ‘driver’ ikut giliran. Kos pengangkutan pula cuma $5 (bersamaan RM 20.50). Siapa ke Cambodia boleh la cuba. Rugi sebab pengangkutan ni hanya terdapat di sana.

2. KERETAPI LANDASAN TERBALIK – WUPPERTAL, JERMAN

Source: travel.earth

Anda mungkin dah terbiasa tengok MRT, LRT kan? Bayangkan jika anda melihatnya dalam landasan terbalik. Hanya terdapat di Wuppertal, Jerman, ianya digunakan hampir 120 tahun (sejak tahun 1901). Ianya juga merupakan keretapi elektrik tertua di dunia yang membawa lebih 80,000 penumpang setiap hari. Hebat bukan?

 

3. TEKSI COCO – HAVANA, CUBA

Source: tripadvisor.ie

Havana ooh na-na. Ia merupakan sebuah teksi dengan 3 tayar seperti tut-tut, tapi dengan reka bentuk comel seakan buah kelapa (coconut). Walaupun hanya mampu membawa penumpang dalam bilangan kecil (4 orang termasuk pemandu), kenderaan ini merupakan antara pengangkutan utama yang hanya terdapat di Havana, Cuba. Selain itu, ia juga mampu bergerak lebih laju berbanding teksi biasa kerana saiznya yang kecil dan paling penting, kos yang lagi murah.

4. BARCO DE TOTORA – TASIK TITICACA, PERU

Source: livinglocal.triip.me

Bentuk perahu yang unik, seakan kepala naga. Lagi unik, perahu ni juga dibuat oleh sejenis buluh kecik yang disulam dan diikat oleh masyarakat Uros yang tinggal di sana. Jenis pengangkutan ni dianggarkan sudah wujud lebih 3,000 tahun yang lampau yang juga merupakan pengangkutan utama masyarakat setempat. Biasanya, mereka juga suka gunakan Barco de totora kerana ianya didayung secara manual. Jimat sebab tak pakai minyak ni. Cuma lambat sikit la.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *