Kenderaan Berat Degil Masuk Bandar Waktu Puncak Jadi Punca Jem Dan Kemalangan?

Source: thestar.com.my

Tahukah anda? Kenderaan berat DILARANG MASUK PUSAT BANDAR dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan jam 4.30 petang hingga 7.30 malam! Signboard larangan tu memang bersepah sepanjang laluan ke pusat bandar, tapi lori simen dan lori bawak muatan yang berat bertan tu selamba badak je masuk bandar.

Dah la masuk bandar waktu larangan, signal pun hidup segan mati tak mahu, duduk pulak lane paling kanan. Lagi panas hati kalau jenis pemandu lori yang potong Q. Kau ingat kau bawak motor atau kereta Smart for Two yang cinonet tu? Yang tu nak potong Q boleh lagi terima sebab kecik.

Source: facebook.com

Sebenarnya, siapa yang salah dalam isu ni? Kerajaan tak ketatkan undang-undang atau ‘tutup mata’? Penguatkuasa jalan raya tak buat kerja? Pemandu lori tak bertauliah, tiada lesen atau warga asing tak faham bahasa? Atau pemilik syarikat lori yang paksa pekerja pandu kenderaan berat walaupun telah dilarang? Anda pilih sendiri. Kalau dikaji, banyak punca jem dan kemalangan yang terjadi antara kenderaan berat dengan motor dan kereta sebab faktor di bawah yea tuan puan:

1. Masuk bandar waktu puncak.

Source: twitter.com

Dah la kereta dan motosikal tengah banyak, lepas tu time ni jugak dia nak muncul. Tau tak saiz badan kenderaan jenis tu dah macam 2-3 kereta punya saiz? Melintang sikit pun dah tutup 2 lane jalan.

2. Tayar Pecah.

Source: thevocket.com

Pakai tayar cap ayam, pecah sana sini dan saki baki tinggal atas jalan. Berpuluh kali dah driving terpaksa tukar lane secara mengejut bila tiba-tiba ada serpihan tayar lori yang pecah. Kalau mat motor? Tak ke kesian terlanggar benda tu. Boleh melambung tau tak?

3. Parking sesuka hati atau lori rosak sampai tutup lane.

Source: youtube.com

Dah la takde warning guna papan tanda segitiga tu. Entah rumput atau dahan pokok mana dia rembat buat ‘warning lori rosak’. Ingatkan DBKL bercucuk tanam atas jalan tadi. Siang hari masih okay sebab nampak. Kalau hujan lebat atau waktu senja?

 

4. Signal buat hiasan.

Source: cj.my

Gara-gara tukar lane, habis kereta dan motosikal kat belakang accident sampai ada yang mati. Berita utama akan keluar tajuk pembonceng motosikal maut digilis lori / pecah kepala berlanggar lori dan pemandu lori hanya cedera ringan. Sounds familiar kan? Bila polis tanya, salahkan blind spot. Mana reti salahkan diri sendiri.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *