Sejujurnya, ramai orang yang membantah apabila banyak negara yang dilihat cuba menggunakan kenderaan elektrik (EV) secara sepenuhnya pada masa akan datang, ini termasuk di Malaysia dan juga Filipina. Antara punca bantahan adalah daripada ketiadaan infrastruktur pengecasan EV yang mencukupi selain sudah ramai pihak yang membuktikan bahawa EV tidak begitu mesra alam seperti yang diuar-uarkan.
Sebenarnya, jika dibandingkan, EV Hybrid lebih mesra alam.
Terdapat 2 jenis Hibrid. Yang pertama adalah Hibrid Pengecasan Sendiri yang biasanya dikenali sebagai HEV. Antara contoh kenderaan yang menggunakan HEV adalah seperti Toyota Camry versi Hibrid, Corolla Altis, Corolla Cross, Rav4, Yaris Cross, Alphard dan Zenix, yang mana kesemuanya dikuasakan oleh motor elektrik pengecasan sendiri.
Manakala jenis hibrid yang kedua ialah Plug-In Hybrid EV (PHEV) yang turut dikenali sebagai NEV (Kenderaan Tenaga Baharu) seperti BYD Sealion dan Seal U yang dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder dan motor elektrik 145W menggunakan Teknologi DM.
Apa yang ditemui oleh pasukan X-1R di Filipina?
Enjin Gas ICE sama ada Toyota Hybrids atau BYD Hybrids sedang mengalami tekanan akibat enjin hidup dan mati yang terlalu cepat disebabkan peralihan kuasa daripada elektrik kepada kuasa ICE. Maka, tekanan sebegini akan menyebabkan suhu enjin kendalian yang lebih tinggi, selain meningkatkan pembentukan zarah logam pada minyak yang juga menjadi punca kepada haus dan kesan buruk kepada keseluruhan sistem pelinciran enjin.
Apabila munculnya masalah sebegini, maka ramai pengedar Toyota dan BYD di Filipina telah memilih X-1R sebagai penyelesaiannya dengan menggunakan X-1R Engine Treatment.
Jadi, sekiranya anda turut menggunakan model kenderaan yang sama dan mengalami masalah serupa, maka apa kata anda dapatkan segera X-1R Engine Treatment dan anda rasakan sendiri apa yang ia mampu lakukan pada kenderaan ICE atau Hybrid anda. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari website X1R. Untuk pembelian online boleh di buat di Shopee X1R & website rasmi X1R.