Kenapa Rakyat Indonesia Diseru Jangan Balik Beraya Dengan Motosikal?

Sumber imej: sidoarjonews.id

Di Malaysia sahaja, trafik semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dijangka akan terus meningkat dan dilaporkan boleh mencecah 2 juta kenderaan sehari. Kenderaan yang dimaksudkan bukan setakat kereta, tapi termasuk motosikal, bas dan lain-lain pengangkutan yang digunakan untuk balik raya. Jika di negara kita tiada larangan untuk balik beraya dengan apa-apa jenis kenderaan, tapi kenapa di negara jiran Indonesia, rakyatnya diseru untuk tidak pulang beraya dengan motosikal? Adakah kerana kejadian tahun lepas di mana ribuan penunggang motosikal di sana yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) semata-mata untuk pulang beraya?

Sumber imej: kualalumpurpost.net

Rupa-rupanya, menurut Menteri Pengangkutan Indonesia, iaitu Budi Karya Sumadi, menyeru rakyat di negara tersebut supaya tidak balik kampung dengan motosikal disebabkan oleh faktor keselamatan. Menurut beliau juga, pihak berkuasa bimbang tentang keselamatan rakyatnya jika pulang beraya dengan motosikal dalam kesesakan jalanraya yang melampau serta kepenatan di bulan Ramadhan. Ada logiknya juga sebab kesesakan yang bakal ditanggung adalah berpuluh kali ganda luar biasa berbanding di Malaysia. Bayangkan, kira-kira 85 juta bakal balik kampung di sana sempena Hari Raya Aidilfitri 2022!

Sumber imej: melakattribunenews.com

Oleh itu, untuk memastikan semuanya boleh balik beraya, kerajaan Indonesia juga meminta rakyatnya supaya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam yang disediakan sebagai alternatif selain motosikal untuk balik kampung. Malah, jika ada rakyat Indonesia yang masih tetap mahu membawa pulang motosikal ke kampung halaman masing-masing, kerajaan mereka juga turut menyediakan perkhidmatan mengangkut motosikal atau kenderaan dengan menggunakan jalan darat atau laut seperti lori atau kapal.

P/S: Teringat pula kisah empat sekeluarga dengan bayi kecil yang sanggup berjalan kaki sejauh 278km di selatan Jawa untuk pulang ke kampung halaman. Jadi kita kena selalu bersyukur jika masih lagi ada kenderaan sendiri untuk pulang beraya. Kenderaan baru atau buruk tidak mengapa, asalkan selamat perjalanan kita.

Sumber imej: utusan.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.