Kenapa Pilih Untuk Beli Porsche Macan Berbanding SUV Mewah Lain? Lelaki Ini Kongsi Jawapan Sebenar

Setiap orang akan mempunyai sebab tersendiri dalam membuat sesuatu keputusan bukan? Begitu juga dalam pemilihan kereta yang sesuai. Adakah ianya mengikut status, kemampuan atau kerjaya individu? Atau adakah ianya disebabkan oleh jenama dan prestasi kereta?

Di sini kami telah menemubual seorang pemilik Porsche Macan. Dan jawapan yang diberikan memang terbaik! Apa katanya?

1. Saya Beli Kerana Kualiti Perkhidmatan Daripada Jurujual

Porsche Sg Besi, Kuala Lumpur | Interior Design & Renovation Projects in Malaysia

Sebelum ni, beliau pernah memiliki beberapa kereta mewah yang lain. Jadi masa nak beli yang baru tu, beliau pernah mengunjungi beberapa pusat pameran kereta mewah daripada pelbagai jenama, termasuk Mercedes-Benz, BMW, Audi dan Porsche. Selepas test-drive beberapa SUV mewah, beliau berkenan pada Audi Q5 (pada ketika itu berharga sekitar RM340,000). Namun akhirnya, kenapa beliau memilih untuk membeli Porsche Macan yang pada ketika itu berharga sekitar RM550,000? Jawapannya ialah beliau membeli kerana kualiti perkhidmatan jurujualnya. Seriuslah! Wahai jurujual di luar sana, ingatlah bahawa kadangkala pelanggan membeli sesuatu daripada anda disebabkan oleh kualiti anda sebagai seorang jurujual, bukan kerana produk. Jadi lepas ni tolong jangan layan pelanggan cincai-cincai je.

2. Saya Beli Kerana Prestasi

Sumber imej: cars.usnews.com

Selain perkhidmatan jurujual, apa lagi faktor yang membuatkan beliau membeli Porsche Macan? Katanya, kedua-dua jenis SUV mewah di atas (Audi Q5 dan Porsche Macan) merupakan pesaing terhebat. Mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, tapi sebagai seorang peminat kereta (car enthusiast), beliau berkata ada satu perbezaan ketara. Bagi beliau, Audi Q5 memberi penekanan pada teknologi manakala Porsche Macan pula memberi penekanan pada prestasi. Jadi apa yang beliau pilih? Sudah tentu prestasi.

3. Saya Beli Kerana Keselesaan Dan Lebih Praktikal (Practicality)

Turut suka melakukan aktiviti berbasikal bersama anak-anaknya, dia berkata bahawa SUV ni memang tidak mengecewakan. Siap boleh angkut 5 basikal dan pada masa yang sama dengan 5 orang penumpang di dalam keretanya. Malah, prestasi kereta masih tetap sama, tidak terasa berat atau ‘sesak’. Pemanduan juga masih lagi selesa dan tidak merasa terganggu walaupun membawa muatan yang banyak. Tapi tengok la interior dia macam mana:

Sumber imej: carsguide.com.au

4. Saya Beli Sebab Isteri Pun Suka

Di belakang seorang suami yang bahagia adalah seorang isteri yang tersenyum. Biasanya kita sering kaitkan kereta atau industri automotif dengan lelaki kan? Orang lelaki memang hebat tentang prestasi kereta tapi bab keputusan akhir tetap akan mengalah dengan ‘mem besar’. Ramai yang tak tahu statistik mengatakan lebih 70 peratus keputusan untuk membeli sesuatu jenis kenderaan sebenarnya terletak pada keputusan isteri. Tanya la pada mana-mana golongan suami zaman sekarang. Walaupun wang untuk beli kereta tu 100 peratus daripada akaun si suami, tapi demi cinta dan kasih sayang tetap mendengar ‘nasihat dan pandangan’ seorang isteri. Bayangkan beli kereta yang dia tak suka? Benda 20 tahun lepas pun dia boleh ungkit balik tau. Sabar je la.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *