Kenapa Jalan Selalu Sesak Teruk Sebelum Pelaksanaan PKPB?

Sumber imej: mforum.cari.com.my

Negara kita sudah beberapa kali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), samada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB). Rasa pening dengan istilah yang digunakan? Lihat keterangan pada gambar di bawah:

Sumber imej: nasamulia.blogspot.com

Bab istilah-istilah yang digunakan memang agak mengelirukan. Lagi satu perkara yang akan mengelirukan kita sebagai sebahagian dari pengguna jalanraya ialah kenapa setiap kali kerajaan mengumumkan akan melaksanakan PKP ni, jalan raya pada sehari sebelum perlaksanaan akan sesak teruk? Sebagai contoh, jalan dari Ampang ke Cheras pada hari kebiasaan akan mengambil masa selama 45 minit hingga satu jam. Namun, sehari sebelum PKPB dilaksanakan, jalan itu akan mengambil masa sehingga 1 jam 40 minit atau 2 jam setengah. Dah kenapa?

Mengikut pengalaman penulis sendiri yang seringkali menggunakan aplikasi Waze, jalan yang ditunjuk atau ‘routes’ yang diberikan oleh Waze akan mengelak dari laluan utama contohnya laluan MRR2, sebaliknya kita kena menempuh kawasan kampung, atau kawasan perumahan orang sebagai ‘shortcut’.

Sumber imej: hmetro.com.my

Rupa-rupanya, selepas diselidik, jalan menjadi sangat sesak kerana tiga sebab utama:

1) Orang Berpusu-Pusu Balik Kampung

Ingat PKP ni macam musim perayaan ke? Asal kerajaan nak laksanakan je korang nak balik kampung. Pelbagai alasan diberikan. Paling ‘cliché’ ialah alasan nak hantar anak bini ke kampung untuk mengelakkan segala kerumitan sepanjang tempoh PKPB. Apa bezanya ada anak bini masa PKP dengan tak ada? Orang dah bagi nasihat, sekiranya kita tu dalam zon merah, jalan merentas ke zon hijau. Musim Covid-19 ni jangan yakin sangat yang kita tu bukan ‘pembawa’ penyakit. Nanti tak pasal-pasal kampung halaman nan hijau bertukar jadi merah gara-gara korang. Orang kata duduk rumah diam-diam. Faham?

Sumber imej: maskulin.com.my

2) Sekatan Jalan Raya

Semasa tempoh pelaksanaan PKP, PKPB, PKPD atau PKPDB, memang jalan utama akan ada banyak sekatan. Jadi sekiranya anda harus keluar, pastikan anda keluar lebih awal dari biasa. Bayangkan yang kadang-kadang laluan yang ada tiga lane ditutup menjadi satu. Yang selalu tiga lane buka pun dah sesak, apatah lagi kalau hanya satu je yang buka. Selain itu, pastikan anda ada alasan kukuh kenapa keluar rumah. Nanti tak pasal-pasal beratur dua jam, sekali abang polis suruh patah balik.

Sumber imej: facebook.com

3) Orang Berpusu-Pusu Keluar Sebab ‘Panic Buying’

Bab panik ni jangan buat main. Sekali habis benda nak diborong dalam troli tu. Sebelum bermula PKPB, ramai dilihat berpusu-pusu ke pasaraya, pasar borong, kedai runcit dan sebagainya sebab nak borong stok makanan sampai licin untuk tempoh 2 minggu. Dia simpan stok makanan tu macam negara nak berperang. Persiapan awal tu bagus, tapi jangan la gelabah sangat. Ini sampai kereta yang nak masuk ke parking pasaraya tu beratur macam esok nak raya. Itu belum lagi bab mesin ATM diserbu. Drive-thru McD takyah cerita, beratur macam esok tu McD nak pindah balik Amerika buat selamanya dah.

Sumber imej: hmetro.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *