Kenapa Anak Kapal Selam Kri Nanggala-402 Tidak Berenang Keluar Semasa Ia Tenggelam? Ini Jawapannya

Sumber imej: bharian.com.my

Beberapa hari lepas, kita dapat lihat banyak liputan berita berkenaan satu tragedi di mana sebuah kapal selam KRI Nanggala-402 telah terputus hubungan dan hilang di perairan Bali, Indonesia. Pada mulanya, kapal selam yang membawa 53 orang anak kapal sedang menjalani latihan ketenteraan menggunakan torpedo di perairan Bali. Namun malangnya selepas diberi keizinan untuk menyelam, akhirnya kapal selam itu dilaporkan tenggelam pada kedalaman lebih 700-850 meter di bawah permukaan laut.

Mesti kita tertanya, kapal selam tenggelam? Bunyi seakan pelik. Tapi tahukah anda setiap kapal selam itu mempunyai ketahanan berbeza?

Sumber imej: wonderopolis.org

Bagi kapal selam KRI Nanggala-402, ia hanya mampu menahan kedalam sehingga 500 meter. Namun dalam tragedi ini, ia telah pun tenggelam sehingga 850 meter. Jadi, ramai golongan ‘bijak pandai’ di sosial media mempertikaikan kenapa anak kapal tidak terus keluar berenang menyelamatkan diri si saat mereka tahu kapal selam itu sedang tenggelam? Mungkin warganet fikir ianya semudah aksi dalam filem James Bond atau Mission Impossible kot.

Sumber imej: wired.com

Sebenarnya, tekanan air akan meningkat sebanyak 1 atmosfer (atm) bagi setiap 10 meter kedalaman air dan manusia pula hanya mampu bertahan pada tahap 3 hingga 4 atm sahaja. Jadi, bagi kedalam sehingga 700 meter, tahap tekanan akan jadi 70 atm dan menjadikannya mustahil untuk anak kapal tu keluar berenang. Kalau anda nak tahu, tahap tekanan 70 atm tu bersamaan seperti dilenyek 100 ekor gajah di kepala! Selain itu juga, tekanan sebegitu akan menyebabkan gegendang telinga dan paru-paru pecah, dan pembuluh darah serta organ dalaman akan hancur. Jadi memang mustahil akan selamat andai mereka berenang keluar.

Malah, sebab tekanan yang sangat tinggi jugalah yang membuatkan kapal KRI Nanggala-402 itu ditemui dalam keadaan terbelah kepada tiga bahagian. Sedangkan kapal selam pun terbelah tiga, apatah lagi badan manusia biasa.
Apapun, kita doakan semoga kesemua ahli keluarga mangsa yang terlibat untuk kuat dan tabah dalam menghadapi dugaan sebegini. Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong kita pun turut mengucapkan takziah kepada Presiden Indonesia seluruh rakyat Republik Indonesia.

Sumber imej: thestar.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *