Kenali ‘Blue Ice’. Ia Bukan Meteor Tapi Najis Manusia Dari Kapal Terbang

Sumber imej: mashable.com

Bayangkan anda sedang berjalan dan tiba-tiba ada ketulan seakan ais berwarna biru jatuh dari langit. Awas, itu bukan meteor atau hujan air batu, malah lebih teruk. Ia merupakan sisa kumbahan yang membeku dan bocor sebelum jatuh dari sebuah pesawat dan menghempap bumi. Sekiranya anda menghadapi situasi tersebut, cepat-cepat la selamatkan diri. Bukan setakat busuk, tapi kadangkala saiznya yang besar boleh membunuh! Lagi satu, tolong jangan pegang.

Sumber imej: aajkikhabar.com

Bagi masyarakat Malaysia, kejadian seumpama ini mungkin tidak berlaku di negara kita. Tapi, beberapa hari lepas, tular satu kejadian misteri yang berlaku di Eagle Avenue, Waterlooville, UK dimana ada beberapa ketulan seperti ais berwarna biru jatuh dari langit dan menimpa jalanraya, rumah serta kereta penduduk sekitar. Pada mulanya, penduduk kawasan itu terkejut apabila terdengar bunyi seakan ketukan dari bumbung rumah mereka. Apabila menghampiri objek misteri tersebut, baru mereka sedar yang ianya bukan meteor, tapi najis manusia! Baunya pula semakin teruk sejurus selama ketulan itu mencair. Euww…

Kejadian ini juga terus mengingatkan kita kepada lagi satu kejadian ‘blue ice’ yang menimpa penduduk Gurugram, India sekitar tahun 2018. Namun malangnya penduduk di sana menganggap bahawa ‘blue ice’ yang menimpa mereka adalah ‘batu ajaib’ atau meteor. Malah, ramai antara mereka yang berebut-rebut mengutip ‘batu ajaib’ itu. Lagi malang, ada yang akan memasukkan ia ke dalam mulut! Selain itu, ada juga yang akan menyimpan ‘blue ice’’ itu dalam peti ais rumah masing-masing. Mungkin kerana mereka anggap ‘blue ice’ itu mempunyai nilai yang tinggi kot.

Sumber imej: timesofindia.indiatimes.com

 

Lagi kesian, sejurus selepas sampel dihantar ke Geological Survey of India (GSI), mereka terkejut dan malu apabila ternyata objek ‘ajaib’ tersebut merupakan najis manusia yang bocor dari sistem kumbahan pesawat. Kalau ikutkan, andai betul ada meteor bakal menghampiri bumi, sudah tentu pihak NASA akan bagi amaran kan?

P/S: Bercakap tentang NASA, mesti ramai tak tahu yang syarikat NASA bertarap antarabangsa itu pun guna produk sponsor kita, X-1R, untuk space crawler mereka. Itu baru hebat!

Sumber imej: x1rasia.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *