Kenali 4×4 Terbesar di Dunia: LARC-LX Kini Di Muzium Rainbow Sheikh, Dubai

Sumber imej: drivetribe.com

Orang Dubai ni kalau yang kaya melampau tu biasanya akan mempunyai hobi yang pelik. Termasuklah Rainbow Sheikh atau nama sebenarnya Hamad bin Hamdan Al Nahyan yang juga antara keluarga diraja Abu Dhabi. Time Magazine pernah melaporkan kekayaan beliau berjumlah US$20 bilion atau bersamaan dengan RM 82 bilion!

Hobi beliau yang paling pelik ialah mengumpul kenderaan. Mungkin orang kaya lain kumpul supercar kan? Tapi bagi Rainbow Sheikh ni, dia suka kumpul kenderaan gergasi. Malah, beliau kumpulkan semuanya dalam muzium miliknya iaitu Muzium Sejarah Offroad Dubai atau Muzium Rainbow Sheikh.

Antara koleksi gergasi beliau yang paling popular ialah 1950 Dodge Power Wagon gergasi yang juga kereta pikap terbesar di dunia, serta Willys Jeep yang memegang rekod Guinness Book of World sebagai replika bermotor terbesar di dunia.

Sumber imej: viator.com
Sumber imej: carjournals.net

Mungkin bagi Rainbow Sheikh, koleksi kenderaan gergasi dia tak cukup lagi kot. Oleh sebab itu, beberapa hari lepas kenderaan gergasi LARC-LX atau nama panjangnya Lighter, Amphibious Resupply, Cargo) yang dia ‘order’ dari pasukan tentera Amerika Syarikat telah pun mendarat di Dubai. Jentera dua alam (amphibious) ni sebenarnya digunakan untuk angkut kenderaan perang yang lain.

Sumber imej: wikiwand.com

Selain itu, ia juga mampu mengangkut 60 tan kargo (54,431 kg) atau 120 – 200 orang pada satu masa. Dengan kelajuan 32km/j di darat serta 12.1 km/j di laut, kenderaan ini dikuasakan oleh empat enjin diesel GMC 265 hp (198 Kw). Mungkin anda semua terfikir tentang saiz sebenar kenderaan ni kan? Ia mempunyai ketinggian sehingga 19 kaki, 8.1 meter lebar serta 19.1 meter panjang. Besarnya!

Sumber imej: drivetribe.com

Kalau kenderaan macam ni mendarat di Malaysia, sudah tentu hancur lebur jalan. Lori besar yang berat baru beberapa tan itu pun dah buat struktur jalan kita berlubang sana sini. Nak tunggu proses baik pulih? Kena tunggu menteri jatuh basikal dulu la kot baru terhegeh datang nak baiki. Eh? Sempat lagi?

Sumber imej: mynetizen.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *