Kemalangan Salak Expressway Di Tempat Sama Setiap Hari. Ada Unsur Khianat Ke?

Baru-baru ini, tular di media sosial Instagram, di mana seorang lelaki kongsikan sebuah video tentang kemalangan yang berlaku di tempat sama, setiap hari. Menurut lelaki tersebut, dia melihat kejadian sama setiap hari dan dia turut merasa pelik apabila ‘callman’ akan berada di lokasi kejadian dalam sekelip mata. Seolah-olah mereka sudah tahu kemalangan bakal terjadi.

Namun dia enggan menuduh mana-mana pihak terlibat. Tapi kalau difikirkan, ada unsur khianat ke? Tonton video penuh di sini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by penhitam (@penhitamdotcom)


Lelaki itu juga turut kongsikan yang sudah menjadi ‘normal’ baginya untuk melihat kejadian kemalangan termasuk kereta berpusing-pusing di jalan tersebut. Jadi, ramai netizen berkata yang berkemungkinan ada unsur khianat, di mana ada pihak yang simbah minyak di kawasan terbabit untuk mengaut keuntungan daripada kemalangan yang terjadi. Bukan kali pertama kes sebegini berlaku di Malaysia. Kan?

Jadi bagi anda yang selalu menggunakan laluan Salak Expressway E37 atau Lebuhraya Hubungan Timur-Barat dari arah Taman Connaught, berhadapan dengan stesen minyak Petronas dan Shell (selepas Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), sila berhati-hati. Sila perlahankan kenderaan anda, lebih-lebih lagi jika hujan. Kerana sekiranya berlaku sebarang kemalangan, anda jangan terkejut jika ‘callman’ tiba-tiba muncul sepantas kilat memberikan bantuan. Bukan menuduh, cuma tak salah sekiranya memberikan amaran pada sesiapa yang menggunakan jalan tu. Kata orang, mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada yang kurang pasti di mana lokasi itu, anda boleh lihat gambar di bawah:

Depoh Simpanan Kenderaan Ditunda Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Berhampiran stesen minyak Petronas dan Shell.

Sumber imej: Google Maps

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.