Kemalangan Pertama Di Lebuhraya SUKE. King Myvi Rasmi Dulu

Sumber imej: gemilangdaily.com

Gara-gara nak lihat pemandangan dan ambil gambar, sebuah Perodua Myvi berwarna kuning secara rasminya menjadi punca kemalangan pertama yang dilaporkan di lebuhraya SUKE.

Untuk pengetahuan semua, lebuhraya SUKE (Sungai Besi – Ulu Kelang) Fasa 1 ini baru sahaja dibuka kepada semua pengguna jalanraya pada 16 September 2022. Lebuh raya ini meliputi jajaran dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga Bukit Antarabangsa sepanjang 16.6km dan mempunyai 11 persimpangan dan dua plaza tol di Bukit Teratai dan Ampang. Selain itu, lebuh raya SUKE ini juga dijangka bakal mengurangkan kesesakan khususnya di sepanjang MRR2, Jalan Ampang dan Jalan Loke Yew.

Sumber imej: therakyatpost.com

 

Bak kata netizen, dalam SUKE ada ‘duke’ sebab selepas baru sahaja dibuka secara rasmi, lebuhraya SUKE ini telahpun mencatatkan kes kemalangan yang pertama. Dalam kejadian itu, sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang lelaki telah berhenti di lorong kecemasan. Katanya dia nak lihat pemandangan dan mungkin juga untuk merakam gambar sebelum tiba-tiba sebuah motosikal Suzuki melanggar Perodua Myvi itu dari arah belakang. Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki sebelum dibawa ke Hospital Ampang.

Menurut kenyataan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, kejadian yang berlaku sekitar jam 2.45 petang itu berlaku di lokasi satu kilometer dari Tol Bukit Teratai yang menghala ke arah Kuala Lumpur.

Sumber imej: facebook.com

Selepas kemalangan ini tular di media sosial, ramai netizen yang turut memaklumkan bahawa sebenarnya lebih ramai pengguna jalanraya yang berhenti untuk melihat pemandangan di lebuhraya SUKE pada waktu malam. Memang cari penyakit ke? Jangan hanya kerana nak lihat pemandangan atau sekadar ‘content’ di media sosial, anda membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Silap-silap kena kompaun sehingga RM 300.

Sumber imej: facebook.com

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.