Kemalangan Melibatkan Kereta Mewah. Menyebabkan Kerugian Jutaan Ringgit!

Source: dailymail.co.uk

Siapa yang dah tengok filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw? Begitulah gambaran yang diberikan saksi kepada kemalangan paling mahal abad ni yang melibatkan 11 kereta mewah di Moore Street, Chelsea. Lebih malang, kejadian yang berlaku di salah sebuah kawasan perumahan mewah di London ini telah menyebabkan kerugian sebanyak £1,000,000 (RM 4.6 juta).

Pada malam kejadian, pemandu Audi Q7 4×4 didapati sedang berlumba dengan sebuah kereta Porsche sebelum suspek hilang kawalan dan terbabas lalu melanggar 11 kereta mewah yang berada di bahu jalan termasuk sebuah McLaren (RM1.4 juta), Porsche Cayenne (RM469,000) dan Bentley Bentayga (RM1 juta).

Source: metro.news

Mengikut rakaman CCTV, terdapat 2 buah kereta yang sedang berlumba dalam ‘drag race’ pada malam kejadian dan suspek yang terlibat merupakan seorang lelaki yang berasal dari negara Timur Tengah. Mengikut penduduk di situ, kebanyakan pelancong dari negara Timur Tengah suka melibatkan diri dalam ‘drag race’ yang menggunakan laluan ke kawasan perumahan mereka sebagai ‘litar’. ‘Supercar season’ juga merupakan gelaran yang diberikan penduduk di mana jutawan dari Timur Tengah akan menerbangkan kereta mewah mereka semata-mata untuk turut serta di dalam ‘drag race’ tersebut.

Source: mirror.co.uk

Agak malang bagi penduduk kat situ, sebab walaupun berada di kediaman mewah (harga rumah sehingga RM21 juta) namun mereka terpaksa berdepan dengan masalah ‘drag race’ yang menganggap jalan yang sunyi sebagai tempat terbaik untuk menikmati hobi untuk berlumba.

 

Harap-harap pemilik hobi ‘drag race’ macam ni tak datang la ke Malaysia semata nak berlumba. Duduk aje la kat negara sendiri tu, berlumba unta di padang pasir. Baru tak menyusahkan orang. Tak pasal-pasal orang lain yang kena tanggung kerugian. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok video di bawah:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *