Kastam Filipina Lupus Kereta Mewah Termasuk Mclaren 620R, Bentley Dan Porsche 911

Sumber imej: todayuknews.com

Bukan kali pertama. Tapi hakikatnya itulah cara ketegasan yang ditonjolkan oleh pihak berkuasa Filipina apabila mereka sekali lagi membuat ramai peminat kereta mewah berputih mata melihat kereta idaman mereka hancur lebur. Pada tahun 2018, kerajaan Filipina di bawah pemerintahan Presiden Rodrigo Duterte pernah menghancurkan 76 kereta dan motosikal termasuk jenis Lamborghini, Porsche dan juga Mercedes-Benz dalam satu kempen membasmi rasuah.

Sumber imej: jacarandafm.com

Terbaru, kerajaan Filipina sekali lagi membuat perkara sama kepada 21 buah kereta mewah termasuk supercar McLaren 620R, Porsche 911 C2S, 2007 Bentley Continental GT, Hyundai Genesis, Mercedes- Benz, Toyota Solara and Lotus. Serius lah!

Sumber imej: hotcars.com

Sungguh tak sanggup rasanya untuk melihat video yang dikongsikan oleh Bureau of Custom Philippines (BOC). Apa salah kereta itu diperlakukan sedemikian rupa? Bukan setakat kita yang rasa kecewa, tapi rakyat Filipina pun ramai yang mengatakan sepatutnya kereta itu masih boleh digunakan untuk tujuan lebih bermanfaat. Bukan dengan menghancurkannya sebegitu sekali.

Sebenarnya, kesemua kereta mewah itu telah dirampas di beberapa pelabuhan di negara terbabit dari tahun 2018 hingga 2020. Bila diselidik, rupa-rupanya kereta itu semua dibawa masuk secara haram (seludup). Contohnya kereta McLaren 620R yang tiba di pelabuhan sekitar Julai 2019 dan dinyatakan sebagai Porsche Cayman bertujuan untuk mengaburi mata pihak berkuasa untuk mengelak bayaran cukai dan duti. Gambar sebelum selepas di bawah ni sudah cukup buat kita merana.

Sumber imej: canva.com

Walaupun kita rasa tak patut kereta tu semua dihancurkan, tapi siapa tidak kenal dengan ketegasan di bawah pemerintahan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte. Jika tidak tegas, masakan beliau boleh keluarkan arahan kepada pihak polis dan tentera di sana untuk tembak sesiapa sahaja rakyatnya sendiri yang ingkar dengan perintah berkurung untuk membanteras penularan wabak Covid-19? Jangan main-main okey.

Sumber imej: penangkini.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *