KAJIAN TERBARU: TESLA MEMPUNYAI KADAR KEMALANGAN MAUT TERTINGGI DI ANTARA SEMUA JENAMA KERETA?

Jika melihat kepada dakwaan syarikat Tesla atau Elon Musk, kononnya kenderaan mereka dicipta untuk menjadi yang paling selamat di dunia, namun hasil kajian dan statistik pula menunjukkan kenyataan yang berbeza yang mana Tesla Model S dan Model Y berada di dalam kedudukan kereta paling berbahaya.

Sumber imej : newyorker

Menurut satu kajian baru yang dijalankan oleh iSeeCars, kenderaan Tesla mempunyai kemalangan maut tertinggi berbanding mana-mana jenama kereta di Amerika Syarikat sekali gus mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan mereka. Kajian itu telah menganalisis data daripada Sistem Pelaporan Analisis Kematian A.S (FARS), yang meliputi kemalangan dari tahun 2017 hingga 2022 dan hasil kajian menunjukkan Tesla mempunyai kemalangan maut sebanyak 5.6 per bilion batu yang dipandu berbanding Kia (5.5) dan Buick (4.8).

Sumber imej: motherjones.com

Menurut Karl Brauer, seorang eksekutif penganalisis di iSeeCars, beliau menjelaskan bahawa kadar kemalangan maut yang lebih tinggi dalam kenderaan Tesla sebenarnya terhasil daripada beberapa faktor. Namun faktor terbesar adalah tingkah laku pemandu Tesla itu sendiri yang kebanyakannya kurang bertanggungjawab, tidak mematuhi undang-undang jalan raya atau kurang berwaspada. Oh, mungkin ramai yang memandu Tesla merasakan kenderaan mereka paling selamat, jadi kalau memandu macam orang mabuk pun tidak mengapa. Kan?

Sumber imej: youtube.com

Sebenarnya, banyak kajian yang dilakukan di serata dunia tentang kaitan di antara jenis atau jenama kenderaan yang dipandu dan juga sikap pemandu. Jadi, mungkin kajian ini menunjukkan bahawa orang yang suka memandu Tesla kebiasannya adalah daripada golongan yang kurang berwaspada? Mungkin.

Anda rasa kalau di Malaysia jenis jenama kereta apa yang paling banyak macam pemandu kereta Tesla di Amerika Syarikat? Jenis ‘over confident’?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.