Kajian Terbaru: Berada 20 Minit Dalam Kereta Boleh Sebabkan Kanser

Sumber imej: youtube.com

Sebuah universiti di California telah melaporkan satu hasil kajian terbaru yang mengejutkan – berada di dalam kereta melebihi 20 minit boleh menyebabkan kanser dan kecacatan kelahiran! Mengikut laporan tersebut, bahan kimia seperti benzene dan formaldehyde adalah sebatian yang sangat berbahaya kepada kesihatan manusia, juga penyebab kanser dan sebatian ini sering digunakan untuk membuat bahagian dalam kereta serta sering terhasil daripada pembakaran bahan bakar kenderaan.

Di mana anda boleh temui bahan kimia yang bahaya ni?

Formaldehyde: Digunakan pada karpet kereta, leather (kulit) dan cat di dalam kenderaan yang mana ia akan mengakibatkan penghasilan gas di luar ruangan serta kepekatan tinggi di dalam udara.

Benzene: Terhasil dengan kepekatan tinggi semasa kereta digunakan, iaitu semasa pelepasan bahan bakar dan ekzos sebelum ia berkumpul di dalam kenderaan.

Sumber imej: gadgetworld.shop

Selain itu juga, para penyelidik dari University of California turut mengkaji data daripada kajian terdahulu serta membandingkan tahap bahan kimia penyebab kanser ini dengan tempoh perjalanan dengan menggunakan kereta. Hasilnya, sebatian benzene dan formaldehyde telah melanggar tahap selamat untuk sesuatu perjalanan tidak lebih dari 20 minit sahaja! Bayangkan kalau di bandar-bandar besar yang sesak (walaupun PKP), biasanya kita akan berada di dalam kereta lebih lama dari 20 minit. Patut la zaman sekarang macam-macam jenis penyakit yang muncul.

Sumber imej: dailymail.co.uk

Habis tu, macam mana kita nak mengurangkan risiko terdedah kepada bahan kimia yang bahaya ni? Lebih-lebih lagi kepada semua pengguna kenderaan yang melebihi 20 minit sehari? Mengikut Aalekhya Reddam yang mengetuai kajian itu, adalah lebih baik untuk kita selalu membuka tingkap semasa perjalanan. Sekurang-kurangnya, ada sedikit aliran udaran yang akan mencairkan atau meneutralkan kepekatan bahan kimia di dalam kereta anda.

Biasanya ada tiga je sebab kenapa pengguna kereta buka tingkap. Yang pertama sebab penghawa dingin rosak, kedua sebab nak hisap rokok dan yang ketiga sebab kentut. Kan?

Sumber imej: rnz.co.nz

Sumber imej: dollarshaveclub.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *