Jumlah Jualan Porsche Asia Pasifik Meningkat. Sebab Harga Menurun Atau Orang Semakin Kaya?

Sumber imej: motor1.com

Walaupun ramai insan di seluruh dunia mengalami masalah kejatuhan ekonomi akibat pandemik Covid-19, menariknya banyak berita yang melaporkan jumlah jualan kereta mewah bagi tahun 2021 meningkat. Contohnya jualan Bentley dan Lamborghini dilaporkan meningkat sebab katanya orang kaya tengah bosan sekarang. Laporan terbaru, jumlah jualan kereta Porsche pula dilaporkan meningkat sehingga 28 peratus di Asia Pasifik berbanding tahun lepas bagi suku tahun pertama 2021 (Januari hingga Mac 2021).

Sumber imej: taycanforum.com

Mengikut pihak Porsche Asia Pasifik, jumlah jualan keseluruhan kereta Porsche adalah sebanyak 827 buah kereta dan majoriti jualan datang dari negara Singapura, Thailand, New Zealand dan juga Malaysia. Wah! Malaysia pun tersenarai. Lagi menarik, daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 150 buah model Taycan terjual dan 60 peratus daripada pembelinya adalah peminat baru jenama Porsche.

Sumber imej: motor1.com

Apa sebenarnya faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan Porsche ni? Adakah sebab harganya menurun? Sudah tentu tidak. Menurut pihak Porsche, punca utama kenaikan jualan adalah disebabkan ramai pembeli yang tertarik dengan kereta elektrik dan kenderaan hibrid plug-in. Malah, ianya juga menyumbang kepada hampir 47 peratus daripada jumlah jualan.

Lagi satu faktor, mungkin juga orang yang berkemampuan atau golongan kayangan pun meningkat. Sebab kalau tak berkemampuan, mana boleh dia nak memiliki Porsche. Betul tak? Ada sesiapa yang berminat nak beli Porsche di Malaysia? Dengar kata kalau beli kereta nak hadiahkan pada mak ayah di kampung boleh merentas negeri sekarang. Ada seorang pemilik butik tu hadiahkan Proton pun boleh balik kampung. Itu baru Proton. Kalau Porsche tak tahu la gamaknya.

Sumber imej: theupdatenews24.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *