JUALAN TESLA TAHUN 2024 JATUH.

Sumber imej: mountbonnell.info

Jika dahulu Tesla berdiri gah dan menjadi satu-satunya syarikat pengeluar kenderaan elektrik (EV) namun segalanya berubah selepas banyak syarikat pengeluar kereta berpusu-pusu menghasilkan kenderaan elektrik mereka sendiri. Lebih parah, harga yang ditawarkan oleh mereka, khususnya syarikat automotif dari China adalah jauh lebih murah dan mampu milik berbanding jenama Tesla.

Maka tidak hairanlah jika persaingan sengit di antara syarikat automotif di seluruh dunia ini telah menyumbangkan kepada kajatuhan dalam jumlah jualan kereta yang dicapai oleh Tesla. Bayangkan, syarikat yang dibina oleh bilionair Elon Musk itu hanya mencatatkan jumlah jualan sebanyak 495,570 sahaja sepanjang suku keempat pada tahun 2024. Malah, jumlah jualan sepanjang tahun 2024 untuk Tesla adalah kurang daripada 1.8 juta, sekali gus menjadikan syarikat automotif yang berpengkalan di Texas itu gagal mencapai sasaran syarikat.

Sumber imej: passionateinmarketing.com

Menurut pendapat  penganalisis, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejatuhan Tesla. Antaranya:

  1. Saingan sengit daripada pengeluar kenderaan elektrik (EV) seperti BYD atau daripada China.
  2. Pengeluaran Cybertruck yang terlalu perlahan.
  3. Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November 2024. Elon Musk telah membuat penampilan yang mencuri perhatian dengan melompat dan mengangkat tangan tanda sokongan semasa ke pentas untuk menyokong Donald Trump. Elon Musk dilihat lebih berminat dengan politik AS yang sedikit sebanyak menjejaskan keuntungan Tesla.

Sumber imej: independent.co.uk

Disebabkan oleh tekanan yang dihadapi serta pengguna juga dilihat ternanti-nantikan model Tesla yang lebih murah, Elon Musk telah mengeluarkan satu kenyataan di mana Tesla sekarang sedang berusaha untuk mengeluarkan lebih banyak model baharu dengan harga mampu milik, khususnya bagi tahun 2025.

Adakah model baharu Tesla mampu menyaingi model baharu dari China yang ‘bagai cendawan tumbuh selepas hujan’? Kita lihat nanti.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.