Jualan Bentley dan Lamborghini Meningkat Sebab Orang Kaya Tengah Bosan

Sumber imej: uk.motor1.com

Mengikut seorang lelaki yang sudah lebih 40 tahun berada di dalam perniagaan kereta mewah seperti Bentley, Lamborghini, Bugatti dan Ferrari, dia terkejut dengan peningkatan jualan kereta mewah sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

Walaupun kebanyakan jenama kereta lain menghadapi masalah jualan yang merosot mendadak, namun berlawanan pula dengan jualan kereta dalam kategori mewah. Buktinya, di Amerika Syarikat sahaja hampir kesemua jenama kereta di sana menunjukkan penurunan lebih 10 peratus untuk tahun 2020 berbanding tahun 2019. Namun bagi jenama kereta yang harganya lebih mahal dari US $ 80,000 (RM 331 ribu), jualan meningkat sehingga lebih dua kali ganda! Malah, bagi kereta yang harganya lebih dari US $100,000 (RM 414 ribu), jualan naik sehingga 63 peratus. Kiranya semakin mahal harga kereta, semakin meningkat jualan. Kenapa macam tu?

Sumber imej: fortune.com
Sumber imej: businessinsider.com

Rupa-rupanya, apabila orang-orang kaya ni tak boleh melancong sana-sini sepanjang pandemik yang menutup seluruh sempadan antara negara di seluruh dunia, maka mereka mula menghabiskan duit dengan membeli kereta dan barangan mewah. Untungla orang kaya di sana. Bila bosan tak tahu tak buat apa mereka habiskan duit dengan beli kereta mewah.

Sumber imej: thenationalnews.com

Adrian Hallmark, CEO kepada Bentley, turut memberitahu bahawa sepanjang 101 tahun Bentley beroperasi, tahun 2020 merupakan antara yang terbaik bagi mereka. Malah, jualan Bentley di negara China juga turut meningkat sehingga 50 peratus. Mengikut salah seorang pengurus jualan kereta mewah, Brian Miller, jualan yang meningkat juga turut disebabkan oleh pembeli kaya yang muda, di mana ramai antara mereka yang ‘survey’ kereta mewah di internet sebelum membeli kereta itu akibat kebosanan dan trend itu masih lagi berlarutan sehingga tahun 2021.

.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.