Jose Mourinho Pernah Sembunyi Dalam Bonet Kereta?

Sumber imej: eurosport.com

Bagi peminat sukan bola sepak, sudah tentu kenal dengan nama Jose Mourinho. Dia ni pernah jadi pengurus kepada beberapa kelab bola sepak ternama dunia. Antaranya Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Manchester United serta Tottenham Hotspur. Di sebalik kerjayanya, sudah tentu dia akan terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Antaranya, dia menerima kutukan teruk semasa menguruskan pasukan Chelsea pada akhir tahun 2015 sebelum dia dipecat oleh Bruce Buck dan Eugene Tenenbaum di sebuah majlis tahunan di Cobham. Disebabkan reputasinya yang semakin merudum, rupa-rupanya pihak wartawan sudah dapat menghidu tentang berita sensasi itu dan mereka telah menyerbu pusat latihan Chelsea di Cobham.

Sumber imej: express.co.uk

Mesti ramai yang tahu: oleh kerana pihak Chelsea dapat mengagak keadaan akan menjadi sedikit tidak terkawal, maka mereka telah pun membuat rancangan untuk ‘menyeludup’ Mourinho ke dalam bonet kereta SUV milik Silvino Louro! Lepas tu, mereka telah menyuruh seorang pegawai perhubungan Chelsea, Kevin Campello, untuk menyamar sebagai Mourinho.
Untuk memastikan rancangan mereka untuk mengaburi mata pihak wartawan berjaya, mereka juga menyuruh Campello untuk menutup mukanya dengan memakai hoodie dan memastikan agar jam tangan mewah di tangannya agar jelas kelihatan. Baru la orang percaya itu Mourinho kan?

Lantas kesemua pihak wartawan menyerbu kereta dengan ‘kembar’ Mourinho tanpa menyedari yang dia sebenarnya bersembunyi di dalam bonet kereta SUV Louro sebelum mereka memecut ke arah London tanpa disedari wartawan.

Sumber imej: express.co.uk

Namun, selepas pihak wartawan mengekori kereta yang salah selama lebih kurang 30 minit, akhirnya mereka menyedari yang mereka telah tertipu apabila mereka sedar yang lelaki di dalam kereta itu bukanlah Mourinho. Macam mana mereka tahu? Selepas mereka perasan yang lelaki itu tidak memakai cincin perkahwinan yang selalu dipakai oleh Mourinho. Memang kalah burung helang mata wartawan di sana kan? Biasalah kalau sudah terdesak, dalam bonet kereta pun boleh sembunyi. Ingat bola je ke boleh muat dalam tu?

Sumber imej: torque.com.sg
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *