Jenis Penumpang Kereta. Patut La Rakyat Malaysia Tak Suka Kongsi Kereta

Source: trendolizer.com

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan baik hati. Semua benda boleh kongsi kecuali kereta. Malah, mengikut kaji selidik, hampir 90% rakyat kita lebih suka memandu sendirian berbanding berteman. Hm… Kenapa yea? Sebab orang kita lebih suka privasi atau sebab perangai penumpang yang tak semenggah? Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik pernah jumpa perangai penumpang macam ni tak?

1. KAKI KARAOKE

Source: much.com

Yup, antara kegemaran rakyat kita ialah menyanyi. Kalau tak masakan berlambak program tv pasal menyanyi. Dari budak kecik sampai la yang dah tua bangka, dari yang bukan artis sampai pertandingan antara artis pun memang semua nak menyanyi. Kalau penumpang kereta anda pulak yang suka karaoke? Tak ke bingit telinga kalau buka je radio, penumpang sebelah yang over menyanyi? Siap menari lagi tu. Kalah Akak Girl yang video dia selalu viral lip-sync lagu-lagu femes dari radio kereta tu. Tapi sekurang-kurangnya akak tu dapat jugak pujian dari Datuk Shah Rukh Khan. Penumpang korang? Dapat sumpah seranah dalam hati je agaknya.

Source: rojakdaily.com

2. KAKI TIDUR

Source: gifer.com

Masa single, rasa sunyi kalau kena drive sensorang. Siap update status bila nak jumpa jodoh. Lepas kahwin, dapat pulak pasangan kaki tidur. Nak ajak sembang memang taklah kalau yang sebelah pun syok berdengkur. Mentang-mentang la kita pemandu berhemah, suhu dalam kereta pulak sejuk. Kena pulak hujan renyai-renyai kat luar. Perghhh.. Memang syok habis kalau nak tidur! Bagi suami, masa ni boleh la nak try tanya isteri boleh tak nak tambah bini. Confirm dia setuju je sebab kepala duk terhangguk-hangguk. Tapi cuba tanya dia selepas dia dah bangun? Malam tu jugak buat tahlil bang oi..

3. KAKI MELARAM

Source: out.com

Tak faham kenapa orang suka makeup dalam kereta? Pencahayaan bagus agaknya. Yang jadi driver ni jeling memanjang je kat orang sebelah. Mana tak nya kalau dia boleh bawa beg makeup kalah makeup artist (MUA), dari pakai foundation sampai la final touch-up. Tu belum lagi bab dia lilit tudung dengan pin dicucuk pada seat kereta member. Jangan jadi macam kejadian viral dan lucu macam wanita ni sudah. Selepas pakai makeup kat seat belakang, dia terlibat dalam kemalangan kecil. Hasilnya? Muka mangsa dan makeup nya melekap pada headrest driver depan.

Source: reddit.com 

 

4. KAKI KOMPLEN (COMPLAINT)

Source: bbc.com

Aduh! Stress nye kalau penumpang kat sebelah ni jenis kaki complaint. Semua benda tak kena. Kalau bawak laju dia kata tempat tu tak lari. Kalau bawak slow dia perli kata raya tahun depan baru sampai destinasi. Belum part ada bonggol di hadapan, kucing melintas, lubang di tepi jalan. Semua dia komen. Mulut tak berhenti mengomel. Jalan jem la, driver kereta depan bawak macam orang mabuk ketum la, silau dengan lampu kenderaan lain la. Habis dari A-Z dia akan komplen. Orang macam ni, next time kalau dia ajak nak tumpang pun mesti kita bagi alasan kereta penuh atau kita tak lalu laluan dia. Noktah.

5. KAKI MAKAN

Source: drivearmy.com

Yea.. tahu awak lapar. Tapi takkan dalam kereta pun boleh bedal nasi kerabu? Makan sikit-sikit boleh diterima akal lagi. Tapi kebanyakan orang yang suka makan dalam kereta ni, nafsu makan dia mengalahkan bomoh bela saka. Dalam kereta sendiri mungkin boleh, tapi jangan la bawak perangai ni ke kereta member. Naya orang tu nak kena cuci karpet, lap seat yang ada kesan makanan. Nanti tak pasal-pasal kereta member jadi target kaum lipas. Kalau ditegur touching pulak. Dah la makan sensorang. Adoi…

Bila jumpa orang-orang macam ni terasa macam nak tulis dan tampal dalam kereta tentang undang-undang menumpang kereta orang kan? Boleh ke tak boleh?

Source: amazon.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *