Jenis Kod Tersirat Yang Hanya Pemandu Otai Sahaja Faham. Nombor 3 Jaga-Jaga
Anda rasa anda pemandu yang hebat? Namun adakah anda faham maksud kod tersirat iaitu isyarat tertentu yang cuba diberikan oleh pengguna jalanraya yang lain kepada anda? Kalau anda tak faham, anda bukan di tahap otai lagi lah jawabnya.
1. SIGNAL ABANG LORI
Bagi yang sudah biasa menggunakan jalan kampung dan sering terperangkap di belakang lori treler, mereka selalunya memang arif tentang signal tertentu yang diberikan oleh abang lori di hadapan. Pada yang tidak biasa, mereka mesti akan pelik kenapa lori hadapan main signal kanan dan kiri. Sebenarnya abang lori itu bukan main signal, tetapi mereka sedang membantu kita untuk mememotong dengan lebih cepat dan selamat. Isyarat yang anda kena faham adalah:
- Sekiranya lampu signal KANAN diberikan oleh lori treler, maksudnya JANGAN memotong. Abang lori itu sedang memberikan isyarat bahawa keadaan jalan hadapan tidak selamat atau ada kenderaan dari arah bertentangan di hadapan.
- Sekiranya lampu signal KIRI diberikan oleh lori treler, SILAKAN memotong. Abang lori itu sedang memberikan isyarat bahawa jalan hadapan selamat dan lurus jadi anda dari arah belakang boleh memotong lori treler.
2. DOUBLE SIGNAL
Di Malaysia, double signal atau lampu isyarat kecemasan sebenarnya membawa banyak maksud:
- Jika kereta menggunakan double signal di bahu jalan, mungkin maksudnya kereta tersebut mempunyai masalah dan terpaksa berhenti di situ. Langkah ini sangat penting supaya pengguna jalanraya yang lain peka dengan lebih awal atau mungkin boleh cuba memberikan bantuan.
- Jika kereta menggunakan double signal semasa hujan lebat, itu tandanya pemandu kereta tersebut mungkin mengalami masalah penglihatan yang agak terhad disebabkan oleh cuaca buruk tetapi masih terpaksa meneruskan perjalanan dalam kelajuan yang sangat perlahan. Namun harus diingatkan bahawa perbuatan ini sebenarnya salah dan boleh membuatkan pengguna jalanraya yang lain agak keliru.
- Jika pemandu kereta memberikan double signal hanya untuk beberapa saat selepas memotong kita atau selepas kita memberikan laluan kepadanya, itu bermaksud pemandu tersebut sedang memberikan isyarat ‘terima kasih’ kerana kita bertolak ansur dengannya.
3. LAMPU TINGGI (HIGH BEAM) SECARA TIBA-TIBA DARI ARAH BERTENTANGAN
Pernah tak semasa sedang memandu tidak kira pada waktu siang atau malam, tiba-tiba ada kenderaan dari arah bertentangan yang memberikan lampu tinggi (high beam) kepada anda secara tiba-tiba. Ada banyak maksud tersirat atau kemungkinan sebenarnya:
- Pemandu dari arah bertentangan ingin memberikan amaran atau ‘warning’ samada dalam bentuk kecemasan seperti ada kemalangan yang berlaku atau kesesakan luar biasa atau mungkin juga kecemasan lain seperti tanah runtuh dan sebagainya.
- Pemandu dari arah bertentangan ingin memberikan petunjuk atau ‘hint’ bahawa ada sekatan abang polis, JPJ atau terdapat perangkap laju (speed trap). Untuk ‘hint’ ini, kebanyakan pemandu yang faham akan terus memperlahankan kenderaan mereka. Malah ada yang siap buat pusingan U. Takut polis punya pasal kan.
- Sekiranya waktu malam dan anda kerap mendapat lampu tinggi dari kenderaan yang berbeza-beza, mungkin anda boleh tukar siaran radio kepada alunan bacaan Al-Quran atau anda boleh baca ayat Kursi. Sebab berkemungkinan mereka ternampak ada ‘sesuatu’ atau makhluk halus sedang bertenggek di atas bumbung kereta anda! Dah ramai yang kena tau. Hee..hee..