Jenis Kereta Di Malaysia Yang Mampu Redah Air Banjir

Sumber imej: tubeviral.bbn.my

Tahun 2021 di Malaysia bermula dengan berita tentang banjir yang semakin hari semakin meningkat. Lagi parah, terdapat banyak kes kereta tersadai dalam banjir sebab pemilik tidak mengangka yang air akan naik secara mendadak. Namun tak kurang juga kereta yang tersadai dalam banjir sebab terlalu yakin yang kereta mereka tu mampu redah air banjir. Macam kes tahun lepas, ada seorang perempuan meredah banjir dengan kereta Perodua Kancil selepas melihat dua buah kereta Perodua Viva sebelumnya berjaya harungi banjir. Tapi sayangnya, sekali Kancil tu sangkut.

Sumber imej: ohbulan.com

Oleh itu, sebelum anda semua ni terlalu yakin yang kereta anda boleh redah banjir, sila fahamkan dulu tahap kedalaman peluncuran atau ‘wading depth’ kereta anda. Setiap kereta mempunyai kedalaman peluncuran yang berbeza, bergantung kepada ketinggian kedudukan komponen elektronik dalam sesebuah kereta tu. Jadi, jangan main redah je dalam air tau.

Sumber imej: topgear.com.ph

Jadi, antara banyak-banyak kereta yang terdapat dalam Malaysia ni, yang mana boleh atau selamat untuk redah banjir?

1. LAND ROVER DISCOVERY – 900mm

Sumber imej: outsideonline.com

Kereta yang diperkenalkan pada tahun 2018 ni kita sudah tahu tentang kehebatannya. Dengan harga yang mencecah lebih RM 700,000 ni bukanlah harga mampu milik. Namun, kereta ini sebenarnya agak lasak, di mana kedalaman peluncuran yang ditetapkan ialah sehingga 900mm.

2. FORD RANGER RAPTOR – 850mm

Sumber imej: 4x4i.com

Ford Ranger Raptor ni sudah tentu lebih luar biasa berbanding Ford Ranger biasa. Ini kerana tahap kedalaman peluncurannya boleh mencecah sehingga 850mm. Dengan harga melebihi RM 200,000 di pasaran Malaysia, tahap prestasinya memang hebat dan agak selamat untuk digunakan untuk meredah banjir.

3. TOYOTA HILUX – 700mm

Sumber imej: rentasasia.com

Semalam, tular tentang video yang menunjukkan YDP Agong kita memandu sendiri Toyota Hilux untuk meredah banjir sekitar LPT, bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di Maran. Jadi, kereta pacuan 4 roda ni memang sangat popular dengan kelasakannya. Malah, kedalaman peluncuran kenderaan ni juga agak tinggi iaitu sekitar 700mm. Patutlah selalu nampak orang gunakan Toyota Hilux untuk misi bantuan musim banjir. Kan?

 

4. TOYOTA RUSH / PERODUA ARUZ – 600mm

Sumber imej: freemalaysiatoday.com

Kalau diikutkan, Perodua Aruz ni memang 97% sama dengan Toyota Rush. Dah dikilangkan pun sama-sama kan. Jadi, apabila Top Gear Filipina melaporkan bahawa Toyota Rush mempunyai kedalaman peluncuran sehingga 600mm, ramai yang menganggap Perodua Aruz juga mempunyai kebolehan yang sama. Siapa pernah cuba redah air dengan Perodua Aruz?

5. VOLVO XC40 – 450mm

Sumber imej: extremetech.com

Dari segi luaran, Volvo XC40 ni nampak mewah dan ‘manja’ kalau nak dibandingkan dengan Mitsubishi Xpander yang kelihatan lebih lasak. Namun ramai tak tahu yang sebenarnya wading depth Volvo XC40 ni boleh mencecah sehingga 450mm berbanding Mitsubishi Xpander yang mampu meredah banjir dengan kedalaman 400mm.

Tapi kan, dalam banyak-banyak kereta ni, tiada satu pun boleh melawan kereta serba boleh di Malaysia yang mampu meredah banjir walaupun air dah lebih paras tingkap kereta. Nak tahu kereta apa?

1. PERODUA KELISA – Kedalaman Peluncuran ‘Unlimited’

Sumber imej: erabaru.com.my

2. PERODUA MYVI – Kedalam Peluncuran ‘Unlimited’

Sumber imej: astroawani.com

Sumber imej: news.kini.blog

Myvi oh Myvi. Memang di luar jangkaan sungguh dia punya kehebatan tu. Memang Perodua Myvi tidak pernah mengecewakan. Terbang, masuk sawah, tunggang terbalik, dalam air banjir pun semua boleh!

Tonton video penuh di sini:

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *