Jenis Barang Biasa Tapi Boleh Meletup Dalam Kereta

Sumber imej: driving.co.uk

Sekitar bulan Mei 2021, negara kita dikejutkan dengan berita tentang kes sebuah kereta meletup di Kampung Sireh, Kota Bharu, Kelantan. Bahkan dalam video yang tular pun kita dapat lihat kesan dan bunyi letupan dapat dirasai dari jauh. Betapa teruknya kesan letupan tu, sampaikan cermin sekolah dan masjid berdekatan juga turut hancur. Bila disiasat, banyak pula andaian yang keluar. Ada yang kata sebab petir, dron, puntung rokok walhal sebenarnya mungkin berpunca daripada mercun bola yang dibawa mangsa.

Sumber imej: astroawani.com

Tapi, tahukah anda selain daripada mercun, ada lagi beberapa barang yang kalau boleh jangan dibiarkan dalam kereta dengan cuaca panas seperti negara Malaysia ni? Sebab barang-barang ini juga mampu terbakar dan meletup.

1. POWERBANK

Sumber imej: ohbulan.com

Kita tahu zaman sekarang semua manusia menggunakan smartphone. Jadi sudah tentu kita perlukan powerbank sekali kan? Oleh itu ramai yang suka bawa powerbank ke mana-mana sahaja dan paling bahaya ialah bila kita tinggalkan benda ni dalam kereta. Takkan anda sudah lupa kejadian kereta seorang cikgu meletup di tempat parkir di sebuah sekolah di Jitra? Akibat cuaca yang tersangat panas, powerbank meletup dan api merebak sampai satu kereta rentung! Kes itu bukan yang pertama. Malah banyak lagi kejadian serupa yang dilaporkan.

Sumber imej: milosuam.net

2. TIN AEROSOL

Sumber imej: mothership.sg

Musim pandemik ni memang tak salah nak jaga kebersihan. Sampaikan kereta pun akan selalu disembur dengan ‘disinfectant spray’ daripada pelbagai jenama. Tapi yang salahnya kalau sampai tin aerosol tu pun anda tinggalkan dalam kereta. Jangan salah sangka, bukan setakat disinfectant spray dalam tin itu sahaja yang bahaya. Mana-mana produk yang guna tin aerosol ni sebenarnya boleh meletup, termasuklah deodorant, penyembur rambut atau penyembur ubat nyamuk sekalipun. Mengikut kajian, apabila suhu mencapai lebih 48 darjah Celsius, tekanan dalam tin tu boleh menyebabkan ia terbakar atau meletup.

Sumber imej: boomlive.in

3. PEMETIK API

Sumber imej: ottoman.com.my

Pemetik api adalah sangat merbahaya sebab ia mampu terbakar atau meletup jika ditinggalkan dalam kereta dalam dalam pada suhu yang tinggi. Malah, walaupun pemetik api ni kecil, kesan letupan daripadanya sudah cukup untuk memecahkan cermin kenderaan atau membakar tempat duduk. Jika api kecil merebak, silap-silap satu kereta tu hangus terbakar. Bagi perokok, benda ni mungkin sangat penting, tapi tak perlu sampai tinggalkan dalam kereta.

4. MINUMAN DALAM TIN

Sumber imej: autoevolution.com

Bagi yang suka minuman dalam tin, lebih-lebih lagi minuman berkarbonat tu, sila ambil perhatian. Andai anda tak buka untuk minum dan dibiarkan dalam kereta dengan suhu tinggi, ianya mempunyai potensi untuk meletup. Mungkin tidak kedengaran seperti bahaya jika air tin yang meletup, tapi bayangkan proses nak cuci dalaman kereta tu. Jenuh oi. Dengan gula, melekit tak payah cakap la. Kalau tak cuci dengan betul, boleh mengundang lipas pula masuk berpesta dalam kereta kita.

Sumber imej: cashcarsbuyer.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *